PELABURAN & PERLINDUNGAN

Pelaburan dan perlindungan adalah dua perkara yang bebeza tetapi saling melengkapi antara satu sama lain. Tujuan pelaburan adalah untuk mengembangkan kekayaan. Manakala tujuan perlindungan adalah untuk melindungi kekayaan kita ketika berlaku musibah.

Read More

SIAPA PENERIMA HIBAH TAKAFUL YANG SEPATUTNYA?

Hibah bermaksud hadiah. Jika kita memiliki harta, kita boleh menghibahkan harta tersebut kepada sesiapa sahaja yang kita kehendaki. Hibah takaful pula adalah Hibah Bersyarat. Ini kerana wang tersebut bukan lagi milik mutlak kita. Syarat untuk berlaku hibah takaful adalah orang yang dilindungi meninggal dunia terlebih dahulu.

Read More

HIBAH vs MEDICAL CARD

Ramai yang tanya saya, medical card atau hibah (takaful hayat) yang lebih penting? Kedua-dua medical card dan hibah adalah produk takaful keluarga. Jadi kita perlu nilai apa fungsi orang yang dilindungi dalam sesebuah keluarga.

Read More

Demam berulang bukan biasa, kemungkinan anak menghidap kanser

Jangkitan dan demam adalah perkara biasa dialami anak kecil, mungkin juga situasi itu sebahagian daripada amaran kanser yang perlu diawasi oleh ibu bapa sekiranya keadaan itu berpanjangan atau berulang, tidak sembuh melebihi tiga minggu.

Simptom lain perlu diperhatikan termasuk kemunculan bengkak atau ketulan luar biasa seperti pada tangan atau kaki yang tidak dipastikan puncanya, terutama jika saiz bengkak semakin membesar.

Leukemia akut adalah kanser paling kerap dihadapi kanak-kanak, membabitkan satu pertiga daripada jumlah kanser dalam kalangan golongan berkenaan.

Lazimnya demam dihidapi kanak-kanak datang dan pergi, sakit sendi atau kecenderungan pendarahan, lebam, berdarah hidung, gusi dan kelihatan pucat.

Ibu bapa mudah terlepas pandang penampilan pucat pada peringkat awal, hanya selepas orang luar atau saudara rapat melihat perubahan mereka.

Jalani ujian

Pakar Hemaotologi Pediatrik dan Onkologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Eni Juraida Abd Rahman, berkata kanser berbeza menunjukkan tanda berlainan dan berkemungkinan tidak begitu khusus.

Beliau berkata, jangkitan dan demam adalah perkara biasa bagi kanak-kanak tetapi apabila demam berpanjangan atau berulang, perhatian secara menyeluruh perlu diberikan.

Katanya, namun ada juga penyakit yang memiliki tanda sama tetapi bukan kanser.

“Secara amnya kanser pada kanak-kanak boleh membabitkan mana-mana organ seperti otak, hati dan buah pinggang,” katanya.

Dr Erni Juraida berkata, apabila kanak-kanak disyaki mempunyai kanser ibu bapa dinasihatkan menjalani ujian yang perlu seperti disarankan pakar untuk mengesahkan penyakit.

Katanya, sekiranya ujian positif ibu bapa perlu menerima kenyataan anak mereka menghidap kanser.

“Jika mereka tak dapat menerimanya rawatan sukar diteruskan termasuk jangkaan apa yang bakal berlaku ketika proses terapi, terutama kesan sampingan.

“Hasil rawatan bergantung jenis kanser dan tahap penyakit. Secara keseluruhan, kanser kanak-kanak berpotensi dirawat yang mana mungkin membabitkan pembedahan atau kemoterapi,” katanya.

Prosedur bedah, kemoterapi

Beliau berkata, kemungkinan rawatan yang diperlukan adalah gabungan prosedur pembedahan, kemoterapi dan radioterapi.

“Semua kaedah ini mempunyai kesan sampingan. Sebelum memulakan rawatan, ibu bapa diberi nasihat mengenai kesan sampingan ubat-ubatan pada anak. Sekiranya ada, sejauh mana tahap kesan berkenaan sepanjang tempoh rawatan.

“Tidak balas individu terhadap ubat sama mungkin berbeza walaupun kemoterapi lebih kepada rawatan tumor. Pastinya ada sedikit kesan pada tisu normal seperti jantung, paru-paru, buah pinggang. Sesetengah ubat mempunyai kesan terhadap otak dan sistem saraf,” katanya.

Katanya, terdapat beberapa ubat boleh menjejaskan kesuburan kanak-kanak lelaki. Keluarga akan dimaklumkan bahawa ini mungkin berlaku supaya mereka tidak terkejut pada kemudian hari.

Di Malaysia, bank sperma untuk kanak-kanak yang lebih tua tidak diamalkan tetapi di luar negara ini ditawarkan kepada pesakit.

Info

* Usia pediatrik:

– Antara 0 sehingga 18 tahun.

– Penjagaan pesakit kanser dalam kalangan kanak-kanak secara amnya adalah sehingga 12 tahun.

– Sesetengah pusat melanjutkan penjagaan kepada pesakit berumur sehingga 15 tahun.

* Diagnosis rawatan dan jenis kanser pediatrik:

– Di bawah skop pakar onkologi pediatrik.

*Risiko selepas rawatan:

– Berisiko berulang

– Rawatan lengkap dan bebas penyakit selama beberapa tahun, dianggap sembuh.

– Rawatan susulan sepanjang hayat:

* Awasi penyakit berulang (relaps)

– Kesan sampingan rawatan

– Risiko kemunculan malignan kedua.

*Statistik pulih:

– Leukemia limfoblastik akut (Eropah dan Amerika Syarikat)-kadar pulih sehingga 90 peratus.

– Tumor Wilm (tumor buah pinggang paling biasa pada kanak-kanak);

– Kanser tahap 1-kadar pulih 90 peratus.

– Kanser tahap 4-kadar pulih 60 sehingga 70 peratus.

Serangan Jantung Itu Datang Tiba-tiba Tanpa ‘HINT’, Bila Sesak Nafas Cepat Ke Klinik – Mingguan Wanita

Jangan ingat orang sihat, aktif lagi cergas itu tak boleh kena serangan jantung. Penyakit ini antara pembunuh senyap, jadi segeralah buat pemeriksaan menyeluruh, kalau anda ada tan-tandanya.

Wanita ini, Cik Puan Ammy antara ibu yang aktif, bersukan malah peniaga yang tak kenal erti diam. Bila mana dia tiba-tiba alami serangan jantung, panik seketika keluarganya.

Pengalaman cemas itu dicatatkan agar menjadi panduan buat pembaca Mingguan Wanita

Orang Sihat, Aktif Bersukan Boleh Kena Serangan Jantung?

Sebelum ni aku hairan dan tertanya-tanya bagaimana dan kenapa seorang yang sihat, bersukan dan aktif boleh kena serangan jantung atau heart attack tanpa ada tanda-tanda sebelum ianya menyerang sehingga membawa kepada kematian.

Tetapi selepas aku laluinya sendiri baru aku tahu ianya datang dengan secara tiba-tiba tanpa sebarang ‘hint’.

Ahad lepas, jam 5 petang, elok jer aku jalan-jalan dengan anak-anak dan suami tanpa ada rasa sakit. Galak jer shopping di kedai RM2.10 beli barang-barang plastik untuk sangkar kucing. Habis shopping segera balik rumah dan kemas dapur pula bersama anak-anak.

Tiba-tiba terasa sakit di bahagian belakang bahu (belikat) berdenyut-denyut. Aku minta tolong suami urutkan. Selesai urut aku masuk bilik untuk rehat.

Bila letak kepala di bantal tiba-tiba rasa sesak nafas dan sakit di bahagian dada kiri serta tegang di bahagian leher dan sekitar rahang.

Minta suami urut lagi.

Cuma Fikir Dah Nak Mati..

Nafas semakin pendek dan dada rasa seperti ditekan-tekan. Suami bawa pergi klinik swasta.

Setelah buat ECG, doktor meminta suami segera bawa aku ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut kerana simptom-simptom menunjukkan aku ada masalah jantung.

Masa dalam kereta, denyutan jantung aku amat laju seolah-olah ianya akan pecah. Hanya kalimah syahadah sahaja yang keluar daripada mulut aku tanpa henti.

AKU DAH NAK MATI…” Hanya itu saja yang aku fikir.

Entah apa yang berlaku, bila mana aku sedar, aku sudah berada di hospital. Dikelilingi oleh beberapa orang doktor.

Ada yang cucuk tangan pasangkan jarum branula, ada yang tekan-tekan dada aku, ada yang gosok-gosok belakang aku dan ianya berlaku dalam masa yang amat pantas.

Jelas dipendengaranku hanya kata-kata,

Puan…terus bernafas jangan tidur…”

Puan kami nak tolong puan…”

Puan tarik nafas dalam kiraan 10 kemudian lepas…” Dan pelbagai lagi.

Selepas beberapa jarum ubat dimasukkan. Nafasku yang kencang seolah-olah sedang berlari itu mula reda. Denyutan jantung semakin perlahan dan tenang.

Doktor kata aku hampir mendapat serangan jantung dan ‘lucky’ kerana segera dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan.

Setelah pelbagai ujian dibuat. Alhamdulillah, doktor sahkan aku sihat. Tiada tekanan darah tinggi, kolestrol terkawal dan gula dalam darah juga normal.

Ada Rahmat Di Sebalik Ujian Tuhan

Kenapa boleh dapat serangan jantung jika semuanya sihat?

Kuasa Allah SWT untuk menguji hambaNya. Tapi yang penting, aku tahu di sebalik ujian itu, ramai yang sayangkan aku.

Buat suami tercinta. Terima kasih kerana bersusah payah mendukung isterimu yang berat ni bawa masuk ke hospital tanpa mengharap bantuan kaki tangan hospital.

Terima kasih juga pada mak mertuaku, abang ipar, kakak ipar dan adik iparku sanggup datang jauh-jauh melawatku walaupun hari dah lewat malam.

Mak, ayah dan adik beradik di kampung yang tak putus berdoa untukku serta anak-anakku yang setia di sisi membantu aku uruskan rutin harian. Sayang kamu semua.

Buat kalian para pembaca, sihat tidak bermakna kita bebas daripada serangan jantung. Ianya datang secara tiba-tiba dan itulah yang paling bahaya.

Kata Doktor, Tekanan Perasaan Dan Emosi Juga Boleh Jadi Punca

Menurut doktor yang merawat aku, selain daripada penyakit darah tinggi atau kolestrol, keletihan yang keterlaluan, tekanan perasaan dan emosi juga boleh mengakibatkan serangan jantung secara tiba-tiba.

Jika ada simptom-simptom yang aku sebutkan di atas. Segeralah mendapatkan rawatan sebelum terlambat…

Mati itu pasti, tetapi selagi kita mampu berjuang untuk hidup, jangan cepat mengalah, teruskan berusaha untuk bernafas demi insan-insan yang masih memerlukan kita.

Sumber/Foto : Cik Puan Ammy

1 2 3 16