Bayi perlu dana lebih RM150,000

image

SUNGAI PETANI – Hati ibu mana tidak tersentuh melihatkan bayi berusia 13 bulan terpaksa bertarung nyawa berhadapan komplikasi serius sejak lahir selain menempuh pelbagai jenis pembedahan.

Norhidayati Md Noor, 32, berkata, anak bongsu dari enam beradik, Nuralia Adriana Mohd Tarmizi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang masa akibat masalah paru-paru dan jantung.

Namun, si kecil yang sentiasa aktif itu kini memerlukan penjagaan rapi selain  perlukan sokongan semua pihak melengkapkan tiga lagi pembedahan di bahagian usus, hernia dan jantung yang dijangka memerlukan dana melebihi RM150,000.

“Sejak berusia dua hari, Nuralia yang lahir secara pramatang menjalani pembedahandi paru-paru. Selepas tempoh lima bulan, pembedahan buah pinggang pula dilakukan.

“Bulan November dan Disember lalu, dua lagi pembedahan dilakukan melibatkan masalah saluran tersumbat menyebabkan makanan tak dapat dihadam,” katanya.

Disebabkan beberapa masalah kesihatan yang dihadapi Nuralia, bayi tersebut mudah diserang selsema dan demam.

“Kami difahamkan tiga lagi pembedahan perlu dibuat termasuk usus yang perlu ditebuk, pembedahan hernia dan hayat jantung tetapi bergantung tahap kesihatan Nuralia.

“Setakat ini, dia perlu bergantung kepada bantuan alat pernafasan sepanjang masa dan boleh bertahan kurang dari tiga jam sekiranya tidak dibantu alat,” katanya.

Menurutnya, suaminya yang bertugas sebagai askar wataniah membolehkan Nuralia menerima bantuan dari Angkatan Tentera berupa tangki oksigen bagi bantuan alat pernafasan.

Dia turut bersyukur apabila mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM300 sebulan manakala kini sedang memohon bantuan Baitulmal bagi menampung kos pembedahan.

Mengimbau punca kejadian yang berlaku tahun lalu, katanya, ketika sedang menikmati makan tengah hari di rumah keluarga di Pengkalan Lebai Man di sini, berlaku kebakaran kecil menyebabkan dia tergesa-gesa meninggalkan rumah.

Akibat tindakan itu, dia terpijak serpihan kaca lalu terjatuh menyebabkan bayi yang sedang dalam kandungan ketika itu berusia enam bulan perlu dilahirkan segera.

Walaupun terpaksa berhadapan pelbagai masalah kesihatan, dia reda namun tetap berusaha bagi mengubati anaknya.

Orang Melayu kurang sedar keperluan insurans

10447159_808458905841808_8514438678744036512_n

KUALA LUMPUR – Tahap kesedaran di kalangan orang melayu untuk perlindungan insurans perlu ditingkatkan lagi bagi meningkatkan kadar penembusan Takaful Ikhlas, demikian menurut dua penerima anugerah cemerlang syarikat berkenaan.

“Dilihat pada kadar penembusan 12 peratus untuk tahun 2012, kami melihat potensi yang cerah di pasaran yang belum ditembusi iaitu 88 peratus daripada pasaran sasaran Melayu Muslim di Malaysia,” kata Nik Faizal Nik Fauzi, 36, yang mana Al-Faisal Agencynya telah berjaya mengumpul premium RM1.5 juta untuk tempoh 2012/2013, kepada pemberita.

Nik Faizal dari Kelantan yang memegang ijazah senibina dari Universiti Malaya, ialah pemenang untuk anugerah agensi mega Takaful tahun ini.

Sementara itu, Zuraidah Hanim Ibrahim yang memenangi anugerah “Million Dollar Round Table” (MDRT) USA dalam kategori pencapaian peribadi pula menambah, “Orang Melayu merupakan 90 peratus daripada pelanggan saya, dan tahap kesedaran di kalangan orang Melayu terhadap keperluan melindungi diri sendiri dengan insurans masih rendah berbanding kaum lain.”

Diasaskan pada 1927, MDRT ialah Persatuan Profesional Kewangan terkemuka antarabangsa dengan hampir 38,000 profesional perkhidmatan insurans hayat dan kewangan dari lebih 450 syarikat di 79 negara.

Malam anugerah Takaful Ikhlas ialah pada 29 Jun. – Bernama

Artikel berita di atas menunjukkan bahawa bangsa bumiputera kurang kesedaran mengenai kepentingan insurans atau takaful. Bangsa bumiputera meletakkan insurans/takaful sebagai sesuatu yang tidak penting dan ada yang menganggap insurans dan takaful itu sesuatu yang merugikan. Kaum bukan bumiputera pula dikatakan mempunya kesedaran yang tinggi mengenai insurans dan takaful. Adakah kita sanggup menyusahkan sanak saudara kita apabila kita menghidap penyakit? Ramai yang mengatakan tidak ingin menyusahkan sanak saudara tetapi berapa ramai daripada kita yang mengambil langkah untuk mengurangkan beban kewangan kita ketika kita jatuh sakit. Saya yakin daripada 10 orang, tidak sampai separuh yang mengambil langkah untuk mengurangkan beban kewangan kita ketika kita sakit. Selain itu pernahkah kita terfikir yang duit simpanan kita mungkin terpaksa dikeluarkan apabila kita menghidap penyakit yang memerlukan pembedahan. Ya memang benar Hospital Kerajaan mengenakan caj yang minimum untuk merawat penyakit. Tetapi ini bermakna Hospital Kerajaan juga sangat sesak. Terdapat keadaan di mana pesakit-pesakit terpaksa menunggu untuk ditempatkan di wad kerana wad masih penuh. Ramai daripada kita ingin meninggalkan harta dan wang yang cukup untuk keluarga kita apabila kita meninggal dunia. Tetapi apakah usaha kita untuk memastikan matlamat kita itu berjaya? Dengan mengambil insurans atau takaful kita sekurang-kurangnya dapat memastikan bahawa waris atau keluarga kita mendapat wang pampasan dengan kadar yang cepat sementara menunggu urusan pengagihan harta mengikut undang-undang yang biasanya mengambil masa.

Sumber: Kewangan : Orang Melayu kurang sedar keperluan insurans | arieon.my

Ambil Takaful Jangan Ikut Nafsu Siri 2

Ambil takaful ikut kepada keperluan bukan ikut nafsu, keperluan yang dimaksudkan di sini ialah ikut komitmen dan kemampuan kita yang sebenarnya. Orang yang hendak ambil takaful sendiri yang tetapkan berapa sumbangan yang hendak diberikan pada setiap bulan. Kalau ia mampu RM 50.00 maka polisi pun dengan harga RM 50.00. Salah dalam hal ini kalau agen yang tetapkan berapa jumlah caruman kita. Di sinilah agen boleh memanipulasikan jumlah yang sebenarnya. agen boleh masukkan banyak cover dengan alasan penting dengan harapan kliennya bayar besar dan komisyen yang ia dapat juga besar dari 25% jumlah caruman.

amana-takaful-concept
Agen hanya boleh memberikan cadangan sahaja bukan menentukan polisi takaful kliennya. Kalau hal ini berlaku anda boleh buat aduan kepada operator takaful dan Bank Negara, masukkan sekali dalam laporan tersebut nama no. kod agen tersebut. Bank Negara akan mengambil tindakan kepada agen tersebut di atas putar belit yang dilakukan olehnya.

Nasihat saya ambil yang lebih penting dahulu, setelah itu baru kita fikirkan yang lain, kalau tidak ambil yang lain pun tidak mengapa. Cadangan saya ialah seperti di bawah ini :

Sum Cover (Manfaat Asas)

Kenapa wajib ambil takaful? Wajib disebabkan kita mempunyai komitmen seperti hutang dan nafkah. Cuba kita kira hutang dan nafkah yang ditanggung oleh kita :

    1. Hutang rumah : hutang pokok bagi rumah ialah sebanyak RM 170.000.00. Tolak segala keuntungan bank. Kita kira pada hutang pokok sahaja, kerana apabila kita bayar langsam pihak bank hanya mengambil hutang pokok sahaja dan segala keuntungan akan ditolak (rebit).
    1. Hutang kereta : Contoh hutang kereta sebanyak RM 70.000.00. konsepnya sama juga seperti hutang rumah.
    1. Pembiayaan peribadi : contoh loan peribadi sebanyak RM 50.000.00.
  1. Nafkah keluarga : setiap bulan RM 2000.00 termasuk semua perbelanjaan sekolah dan rumah. Nafkah kita hitung selama setahun, kerana apabila ditimpa apa-apa musibah kepada kita, isteri atau anak-anak sempat untuk mencari pekerjaan yang sesuai dan boleh menyusun semula ekonomi yang dimiliki olehnya. Dalam masa setahun itu amat baik bagi dirinya untuk membuat persediaan. Firman Allah yang bermaksud : “Hendaklah orang yang mampu, memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rizkinya, hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sekedar) apa yang Allah berikan kepadanya” (At-Talaq : 7)

Jumlah keseluruhan komitmen kita ialah sebanyak RM 314.000.00. Jadi sum cover (tabung khairat asas) kita tentukan sebanyak 314.000.00. Kenapa perlu begini? Jawapannya ialah kerana untuk mengelakkan kita menyusahkan keluarga kita, elak dari tekanan emosi, hutang yang ada dapat dilunaskan, dapat membantu persekolahan anak kita dan banyak lagi. Alamak mesti kena bayar tinggi sebab besit cover ini tinggi? Setiap manusia Allah berikan akal fikiran, gunakan akal kita dengan baik, cari operator takaful yang murah pembiayaannya. Setahu saya, ada operator di Malaysia yang boleh memberikan besit cover ini sebanyak RM 100.000.00 dengan bayaran hanya RM 50.00 ke bawah (apa-apa pun rujuk kepada umur). RM 300.000.00 ini kita hanya perlu membayar RM 150.00 sahaja.

Cuba fikirkan kalau sum cover ini kita ambil hanya RM 20.000 hingga 30.000. Apa yang kita dapat bantu keluarga kita dalam menyelesaikan masalah  yang mereka tanggung waktu kita lumpuh atau mati nanti. Sekurang-kurangnya dapat menampung nafkah mereka selama setahun, sudah memadai untuk kita rasa selesa dengan tanggungjawab kita kepada keluarga.

Medical Card

Setelah selesai sum cover (besit cover/tabung khairat asas) barulah kita pergi kepada manfaat kedua iaitu kos rawatan (medical card). Lazimnya cas bulanan kepada medical card ini mahal, kita perlu membayar deposit hospital dan 10% dari ko takaful. Contoh apabila masuk sahaja hospital kita dikehendaki membayar deposit sebanyak RM 400.00 dan ko takaful sebanyak RM 1000.00 jumlah keseluruhan RM 1400.00. Setiap tahun ada maksimum kos yang boleh kita kliem dari takaful seperti setahun RM 50.000.00, lebih dari itu kita kena bayar sendiri. Kelemahan bagi orang yang menggunakan medical card ialah rata-rata pihak hospital akan mengambil kesempatan di atas kliem tersebut seperti kos rawatan menjadi mahal, ada pelbagai pemeriksaan hospital seperti x-ray dan sebagainya.

Perlu kita faham betul-betul sebelum ambil, jangan main ambil sahaja medical card, bila kena bayar itu dan ini baru kita melenting dan menuding jari kepada pihak takaful dan agen. Sebagai klien Tanya habis-habisan, setelah itu baru buat keputusan untuk ambil.

Pelaburan Atau Simpanan

Memang ada sebahagian orang diluar sana mengatakan tidak perlu buat simpanan di dalam takaful, kerana ia merugikan pencarum. Betul apa yang dikatakan oleh mereka, tetapi saya sangat menyarankan simpanan dan pelaburan. Setiap orang apabila telah berumur resikonya juga semakin tinggi. Contoh mudah, seseorang yang berumur akan mempunyai penyakit kritikal seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kanser dan sebagainya. Apabila kita tidak mempunyai pelaburan atau simpanan, sudah tentu akaun takaful kita menjadi muflis dan suatu ketika nanti pihak takaful akan meminta kita menambah bayaran bagi membiayai kos akaun takaful kita.

Penting di sini, kita buat pelaburan dan simpanan walaupun hanya RM 10.00 kerana ia membantu kita pada masa hadapan seperti dapat mengelakkan kita menambah bayaran, pulangan balik apabila telah matang menjadi besar. Sekurang-kurangnya pulangan tersebut boleh juga kita buat untuk menunaikan umrah dan haji.

Simpanan adalah lebihan setelah ditolak ke akaun resiko iaitu sum cover dan medical card. Lebihan dari situ dimasukkan ke dalam simpanan. Besar akaun resiko maka besar cas dan kecil simpanannya. Akaun resiko tidak akan kembali kepada kita dan ia akan habis begitu sahaja. Kenapa jadi begini sebab di dalam konsep takaful akaun resiko dinamakan tabarru (sedekah) yang disumbangkan oleh orang yang mengambil polisi (keterangan lanjut lihat di sini). Apabila berlaku apa-apa musibah kepada ahli yang mencarum, akaun resiko itu akan membantu ahli tersebut. Duit dalam akaun resiko tidak akan dapat balik walaupun setelah ia matang.

Pelaburan ialah satu perkara yang asing dari akaun simpanan dan resiko, ia bertujuan untuk mengembalikan pulangan yang besar kepada pencarum kerana ada sebahagian takaful memberikan bonus pelaburan besar dari bonus simpanan (lebihan)

Manfaat Lain Kurang Perlu

Bukan maksud saya tidak perlu, kalau orang itu berkemampuan, maka terpulang kepadanya untuk ambil yang lain-lain seperti hospital benefit, crisis cover dan banyak lagi. Kena ingat semua ini kita bayar dengan duit dan duit itu tidak akan kembali kepada kita. Lagipun yang paling penting ialah sum cover (manfaat asas) dan medical card sahaja. Mana-mana orang ambil takaful adalah bertujuan untuk kematian dan rawatan hospital sahaja. Jadi kenapa kita ambil banyak-banyak, kan baik duit kita masuk pelaburan dan buat simpanan sahaja, lebih bagus dan lebih manfaat.

Kredit to Ust Nor Amin

Lihat Artikel Dari Siri 1, Klik Di Sini

Ibu tunggu 16 jam akibat Hospital sesak ??? Baca ARTIKEL INI.

Apa ALTERNATIF anda jika di saat kecemasan, Hospital kerajaan Sesak ??

Petang Ahad yang tenang menjadi kelam kabut akibat dari kemalangan yang menimpa anak anda ketika bermain di Padang permainan.

Tanpa berlengah anda membawa anak ke hospital kerajaan terdekat…Malangnya ketika itu  Hospital penuh sesak dengan orang ramai baik di klinik biasa hinggalah ke emergency dept.

HospitalKlangStatCorridor

Apa ALTERNATIF anda ?

1 – menunggu berjam2 nak dapatkan rawatan ? Sudah tentu tidak……

2- Membawa anak anda ke Hospital Swasta berhampiran…tapi…..

Pilihan ke – 2, membawa anak ke hospital Swasta berhampiran dan anda tahu kos kemasukan / rawatan di hospital swasta adalah sangat tinggi. Kos mendaftar masuk anak anda berrmula dari RM 2000 bagi kes biasa dan RM 5000 bagi kes yang melibatkan risiko pembedahan. Kos bilik sehari antara RM 150 – RM 300. Jika anak anda dikuarantinkan, anda tiada pilihan terpaksa stay di bilik berseorangan ( dgn kos RM 250 sehari ). Sebarang kes yang melibatkan pembedahan akan melibatkan kos RM 6000 dan ke atas.

Pendek kata, jika stay 5 hari di Hospital Swasta bagi kes demam dan batuk pun, akan telan belanja antara RM 2500  – RM 4500, bergantung  kepada jenis rawatan dan ubat yang diberikan.

=================================================

Rahsia Medical Card : Kami BAYAR kos rawatan keluarga anda!

=================================================

Di Hospital Swasta, masih ramai orang berkejar ke sana membawa keluarga yang sakit. Bukankah ia mahal ? Ya mahal, tapi bil – bil mereka di bayar oleh pihak ke – 3.

Di Hospital Swasta ,

– Anda boleh mendapat akses berjumpa Doktor Pakar ‘on the spot’ berbanding di hospital kerajaan di mana anda di tetapkan tempoh waktu tertentu bagi mendapatkan konsultansi Doktor Pakar.

– Selesa. Hospital Swasta, keadaannya selesa dan damai dan yang penting tidak terlalu sesak berbanding di hospital kerajaan. Kalau anda ke wad hospital kerajaan, jangan terkejut jika keadaan pesakit diletakkan bercampur lelaki & perempuan, katil yang rapat & agak panas. Bukan lah hendak melecehkan keadaan di sana, tetapi itu lah hakikat.

2 perkara di atas menjadi perkara utama orang ramai ke hospital swasta mendapatkan rawatan.

3 Hospital Kerajaan vs 11 Hospital Swasta di Penang.

Dengan hampir 2 juta ( pulau & tanah besar ) penduduk Pulau Pinang, bilangan pesakit di hospital2 kerajaan & swasta sentiasa ramai. Jika anda pergi ke Hospital Besar Pulau Pinang, pesakit memang ramai, dari kanak2 & orang tua, lelaki & perempuan, rakyat asing dan rakyat Malaysia..full house.

Tidak dinafikan, Hospital kerajaan mempunyai prasarana & kepakaran yang terbaik di Malaysia. Cuma, tugas mereka unutk memberikan khidmat kepada 27 juta rakyat Malaysia, dilihat sangat mencabar dan berat. Disebabkan itu, banyak bahagian & ruang, tidak dapat di jaga sepenuhnya sehingga menimbulkan keadaan seperti beratur terlalu lama, waiting list yang panjang, katil tak cukup, pesakit terpaksa di letakkan di atas lantai, kecuaian kakitangan dan sebagainya. 

Atas dasar itu, alternatif kepada Hospital Swasta mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.

p/s – Kepada rakan2 yang berkhidmat di Hospital Kerajaan, tugas anda adalah sangat murni dalam membantu orang ramai. Tabik spring.

======================================

Adakah servis di Hospital Kerajaan FREE 100% ?

======================================

Bagi saya tidak semua servis di Hospital Kerajaan adalah FREE. Bagi kakitangan kerajaan, golongan ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan. Tetapi bagi non-gov , anda boleh mendapatkan rawatan pada kos yang paling minima. Tetapi dalam sesetengah kes, servis di Hospital Kerajaan juga dikenakan KOS RM ribu2, seperti kes pembedahan menggantikan tulang patah akibat kemalangan, kes kanser yang memerlukan rawatan kimoterapi dll.

Atas dasar ini, peranan Medical Card sebagai medical bill settler, adalah sangat PENTING.

Siapakah yang membiayai bil di hospital swasta ?

Pihak ke – 3 yang dimaksudkan adalah syarikat Takaful seperti PruBSN TAKAFUL yang menyediakan khidmat bil settler melalui fungsi medical card kepada orang ramai dan setiap ahli keluarga mereka.

Fungsi medical card adalah :

1 – Memudahkan kemasukan ke hospital swasta dengan kos pendaftaran di minimumkan antara RM 300 – RM 0 berbanding kadar biasa ribuan ringgit.

2 – Memudahkan pesakit ‘discharge’ dari hospital tanpa perlu MEMBAYAR & MENUNGGU BIL SIAP.

3 – Membiayai kos bilik, kos ubat – ubatan, kos pembedahan dan lain2.

Umumnya, dari proses kemasukan pesakit , hinggalah di saat pesakit discharge dari hospital, pihak takaful akan memberi jaminan BAYARAN kepada pihak hospital. 

Medical Card bukanlah menunjukkan prestij seseorang itu, tetapi ia berkaitan dengan :

– Kepentingan rawatan yang CEPAT di hospital swasta berbanding hospital kerajaan ( seperti kes kanser )

– Pembiayaan kos rawatan & pembedahan yang berkemungkinan menelan belanja RM puluhan ribu ( boleh jual rumah / tanah / emas….)