9 Step Mudah Untuk Graduan Muda Bijak Mengurus Wang

Panduan ini khusus untuk graduan muda, yang baru memasuki fasa 7 tahun pertama.

Jadi, selama 7 tahun pertama ini,  jadikan 9 langkah mudah ini sebagai panduan hidup.

1. Buka akaun Tabung Haji secepat mungkin. Cukupkan simpanan RM 1,300 dalam akaun dan terus buat pendaftaran haji, walaupun masih bujang dan belum berkahwin.

2. Sasarkan simpanan sehingga wajib bayar zakat simpanan. Dan terus menyimpan menyimpan dan menyimpan.

3. Cari pasangan yang sudi naik kereta buruk sama-sama, asap hitam berkepul-kepul dan menyewa /duduk di rumah kecil-kecil sahaja dahulu.Sekufu dari sudut minda kekayaan.

4. Jangan beli kereta baru yang mahal-mahal. Graduan yang bijak tak terus beli kereta yang setiap tahun harganya pasti turun.

5. Dah bergatal bercinta, terus lah fikir bagaimana berkahwin tanpa perlu berhutang. Menabung. Elakkan jadi raja sehari seterusnya jadi hamba bank 10 tahun. Kalau tak mahu menabung, jangan langsung berfikir nak mengurat anak dara orang.

6. Beli aset sikit-sikit. Mula dengan modal yang rendah sahaja dulu. Apa-apa aset. Bajet khas pelaburan pertama.

7. Buat bajet siap-siap untuk:

  • Beri duit kepada mak bapak setiap bulan.
  • Bersedekah setiap bulan.
  • Melaksanakan ibadah korban setiap tahun.

Wajibkan diri untuk amalkan perbuatan memberi seperti ini sebagaimana kita komited membayar cukai pendapatan kepada LHDN atau cukai pintu kepada Majlis Perbandaran atau cukai tanah kepada Pejabat Tanah.

8. Sediakan bajet yuran kepandaian pasal urus dan labur duit melalui buku, ebook atau seminar. Barangsiapa yang tak melakukannya bersedialah membayar cukai kebodohan pada masa hadapan nanti.

9. Pekakkan telinga dengan kawan-kawan yang asyik ajak melancong, minum kopi Starbucks / ngeteh malam-malam dan kutuk kita sebab tak pakai telefon berjenama mahal. Kalau kita tak cukup duit, ada dia nak bagi duit dekat kita ?

Masuk sahaja fasa ke-2, iaitu 7 tahun kedua, tuan pasti tersenyum lebar…

Sila klik ink di bawah untuk membaca bab-bab percuma dan 13 artikel berkaitan urus duit gaji dan urus hutang setiap bulan:

—> www.panduancashflow.com

Apa lagi yang anda FIKIRKAN?

10516735_924196790940441_8544955855015319894_nApabila disuruh membuat keputusan sekarang, dia memberi alasan, “Tunggulah dulu. Saya belum fikirkan lagi”. Minggu depan apabila ditanya lagi, alasan yang sama dia berikan, “Takaful? Saya belum terfikir lagi untuk beli takaful”.

Mungkin anda tersilap sebegini kerana anda menyangka anda belum perlukan takaful. Mungkin anda sangka, diri anda kebal dan apa yang telah berlaku keatas orang lain, tidak akan berlaku kepada diri anda.

Sedikit pun tidak terlintas di fikiran anda bahawa, takaful hayat itu hanya boleh di beli selagi anda masih sihat 100 peratus. Jika kesihatan sudah tidak mengizinkan, tidak ada syarikat takaful yang akan menerima anda lagi.

Dan jika anda masih lagi ingin berfikir, sama ada anda perlukan takaful atau tidak, marilah kita sama-sama berfikir secara jujur sekarang!

Tahukah anda, jika anda menghidap kanser pada peringkat ke-4 (kanser yang sudah merebak ke seluruh badan), sekali rawatan ‘kemoterapi’, kosnya RM9,000?

Jika dalam seminggu, anda terpaksa menjalani rawatan tersebut 5 kali, dalam sebulan anda memerlukan lebih RM180,000. Itu baru kos rawatan ‘kemoterapi’, untuk sebulan.

Jika semalam anda ditakdirkan mengalami nasib yang serupa, apakah jalan penyelesaian yang anda ada?

1) Menggunakan simpanan sendiri?
– Berapa banyakkah simpanan yang anda miliki sendiri? Cukupkah simpanan anda itu?
– Mampukah anda menyimpan RM750 sebulan, tanpa gagal, selama 20 tahun, semata-mata untuk mengumpul tabung RM180,000 itu? Bolehkahn anda menunggu sebegitu lama?

2) Menjual harta benda?
– Adakah anda terdiri dari golongan yang kaya? Adakah anda memiliki harta yang boleh dijual dengan cepat?
– Biasanya, bila anda menjual harta dalam keadaan terdesak, anda terpaksa menjualnya pada harga yang murah.
– Bolehkah hasil jualan tersebut menampung kos rawatan anda? Di mana isteri dan anak-anak anda akan tinggal, bila rumah dan harta anda sudah dijual?

3) Memohon pinjaman?
– Adakah bank yang sudi memberi anda pinjaman, jika anda sudah sakit kritikal dan tidak lagi berupaya untuk berkerja?
– Adakah anda memiliki kawan yang kaya, yang sanggup meminjamkan duit yang banyak kepada anda, tanpa banyak soal?
– Siapa sanggup tanggung pinjaman anda, jika anda tidak mampu bayar?

4) Meminta derma?
– Adakah badan kebajikan mampu memberi anda wang sebanyak itu, tanpa banyak soal atau karenah birokrasi? Sanggupkah anda menunggu sebegitu lama, untuk melakukan kutipan derma sebanyak itu?
– Adakah orang akan menderma kepada anda, sedangkan semasa anda sihat, anda sendiri enggan menderma untuk membantu orang lain?

Walaupun banyak cerita sudah tersiar mengenai kehidupan orang lain, yang terpaksa hidup menderita akibat musibah yang menimpa mereka, ramai orang yang masih ingin berfikir panjang untuk membeli takaful.

KESIMPULAN

Jika anda mahukan jalan penyelesaian yang mudah, murah, cepat, selamat dan terjamin, tanpa perlu menjual harta benda atau meminta derma, carilah Penasihat Insurans/Takaful sekarang juga.

Lindungilah diri anda. Siapa yang bertanggungjawab ke atas diri sendiri kalau bukan diri sendiri

Antara 4 kategori tersebut, kita di dalam kategori yang mana?

4-kategoriAntara 1,2,3 dan 4 kita di dalam kategori yang mana?

Panggilan dari golongan ini memang biasa diterima oleh perunding takaful apabila pemanggil diuji dengan penyakit, cuma golongan pertama sahaja yang dapat kami bantu. Ini adalah kerana mereka sentiasa memastikan sijil aktif dan kami bersedia menghulurkan perkhidmatan kami sebagai perunding takaful.

Seringkali kita diingatkan permohonan pelan takaful adalah mudah untuk yang sihat, dan agak sukar sekiranya sudah ada penyakit. Kami hanya menghantar permohonan anda, pihak syarikat yang akan menilai semula samaada permohon layak atau tidak untuk diberi perlindungan takaful.

Adalah luar biasa orang yang sihat tiba2 call perunding takaful untuk memohon pelan takaful. Mungkin seorang dalam 1000.

Agak-agak berapa ramai yang luar biasa?

“Beringat sebelum kena, bukan sudah kena baru teringat-ingat”

*credit to Takaful Awareness Through Cartoon FB