PruBSN Warisan Plus – Pelan Hibah Terbaik untuk Anda

Kalau kita berbicara tentang takaful, hibah sudah pasti menjadi satu topik utama. Secara ringkasnya hibah ini macam wasiat. Duit atau harta akan dibahagikan seperti yang ditetapkan. Namun kini ada cara yang lebih mudah untuk anda buat wasiat dan hibah sekaligus. Iaitu dengan PruBSN Warisan Plus.

Pada tahun 2019, PruBSN Takaful telah melancarkan satu pelan terbaru iaitu PruBSN Warisan Plus. Ia merupakan suatu pelan perlindungan yang berkonsepkan hibah. Dengan pelan ini, anda dapat menghibahkan manfaat daripada perlindungan yang ditawarkan kepada insan yang tersayang. Saya yakin dan pasti, anda juga ada insan yang anda sayangi kan? Jadi kalau anda sayangkan mereka, eloklah ‘hibah’ kan sesuatu untuk mereka.

Kenapa perlu hibah dengan PruBSN Warisan Plus?

Tak lengkap rasanya jika hidup ini tiada matlamat. Setiap orang sudah pasti ada matlamat masing-masing. Salah satu dari matlamat hidup adalah ingin membina keluarga yang bahagia dan memastikan masa depan mereka terjamin. Akan tetapi, perjalanan hidup ini tak semudah yang disangka. Kemungkinan perjalanan terkandas ditengah jalan adalah sangat tinggi.

Sekiranya anda sedar tentang risiko ini, sudah pasti anda akan menjadikan PruBSN Warisan sebagai persediaan. PruBSN Warisan Plus sememangnya direka khusus bagi memenuhi keperluan anda untuk meninggalkan warisan kepada orang yang anda sayangi. Jadi, sekiranya apa-apa berlaku kepada anda, ianya tidak lah menjejaskan kelangsungan hidup mereka.

Apa kelebihan yang ada dengan PruBSN Warisan Plus?

Sesuai dengan namanya, PruBSN Warisan Plus menumpukan manfaat kepada waris anda. Maklumlah, sekiranya anda tiada, mereka masih terpaksa meneruskan kehidupan. Dan yang pasti ianya lebih sukar dengan ketiadaan anda. Berikut adalah kelebihan pada PruBSN Warisan Plus:

a. Sara Hidup Keluarga

Perlindungan yang ditawarkan adalah minimum sebanyak RM 250,000. Ianya dalam bentuk pampasan yang diberikan terus kepada waris secara hibah.

b. Hibah

Lakukan penamaan waris anda bagi membolehkan mereka mendapat manfaat diatas. Bagi mereka yang masih belum tahu, sila ke laman hibah untuk maklumat lanjut.

c. Had Tanpa Pemeriksaan Perubatan Yang Tinggi

Kebanyakkan pelan takaful akan meneliti permohonan dengan pemeriksaan perubatan. Tapi dengan PruBSN Warisan Plus, anda boleh mendapatkan perlindungan sebanyak RM 1,500,000 tanpa pemeriksaan perubatan.

*tertakluk kepada umur dan tahap kesihatan orang yang dilindungi

Perlindungan yang ditawarkan oleh PruBSN Warisan Plus

Secara jujurnya, pada saya pelan ini memang sangat menarik. Kenapa saya kata macam tu adalah sebab perlindungan yang ditawarkan adalah komprehensif. Jumlah perlindungan yang tinggi dengan bayaran sumbangan bulanan yang rendah. Itu yang saya dapat rumuskan mengenai PruBSN Warisan Plus. Di bawah ini saya kongsikan ‘detail’ mengenai pelan ini.

1. Manfaat Kematian

Jika berlaku kehilangan nyawa, waris anda akan menerima pampasan berdasarkan nilai jumlah perlindungan asas atau nilai unit didalam akaun unit perlindungan & akaun init perlaburan (yang mana lebih tinggi).

2. Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)

Sekiranya anda ditimpa kemalangan yang menyebabkan anda mengalami TPD, anda akan menerima pampasan berdasarkan nilai jumlah perlindungan asas atau nilai unit didalam akaun unit perlindungan & akaun init perlaburan (yang mana lebih tinggi). Nilai maksimum yang tertakluk dalam manfaat ini adalah RM 4,000,000.

3. Tempoh Manfaat Fleksibel

Anda boleh memilih tempoh manfaat perlindungan sehingga umur 70 atau 80 tahun. Namun ia tertakluk kepada tempoh manfaat minimum adalah 10 tahun.

4. Tempoh Sumbangan Fleksibel

Terdapat beberapa pilihan tempoh sumbangan iaitu 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun atau tempoh perlindungan penuh.

5. Had Umur Kemasukkan

Pelan ini terbuka untuk mereka yang berumur 19 tahun sehingga 70 tahun (umur pada tarikh lahir akan datang).

6. Jumlah Perlindungan

Nilai minimum bagi perlindugan yang ditawarkan adalah RM 250,000 dan ke atas.

7. Sumbangan

Jumlah minimum sumbangan adalah RM 100. Nilai sumbangan ini adalah bergantung kepada pilihan anda bagi item 3, 4, 5 dan 6 diatas. Kadar sumbangan juga berbeza atas beberapa faktor. Sila ke laman faktor bayaran takaful bagi maklumat lanjut.

Pelbagai kelebihan, manfaat dan perlindungan yang ditawarkan pada PruBSN Warisan Plus. Ini membuatkan pelan ini adalah pelan hibah yang terbaik daripada PruBSN Takaful. Jadi sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pelan yang terbaik ini, hubungi saya. Saya akan bantu anda ‘wariskan’ sesuatu kepada insan yang anda sayangi.

PruBSN Anugerah

Manfaat Utama

Maklumat Produk

Tempoh Sumbangan Sehingga umur 70 atau 100 tahun.
Sumbangan Minimum Bulanan RM50
Kelayakan Umur 1 hingga 70 tahun (Umur pada Tarikh Lahir Akan Datang)

Bagi umur tamat tempoh 70 tahun, usia kemasukan maksimum adalah 60 tahun pada Tarikh Lahir Akan Datang.

Tamat Tempoh Perlindungan Umur 70 atau 100 tahun.
Jumlah Perlindungan Minimum RM25,000
Manfaat Matang Baki dari Akaun Khas Individu (Individual Special Account, ISA).
Manfaat Kematian Mana-mana yang lebih tinggi antara yang berikut:

a) Jumlah Perlindungan Asas; atau
b) Jumlah amaun dalam Akaun Khas Individu (ISA)

Manfaat Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh Jumlah Risiko: Amaun di mana jumlah perlindungan asas melebihi baki Akaun Khas Individu (ISA) anda. Sekiranya tiada lebihan daripada jumlah perlindungan yang melebihi baki Akaun Khas Individu (ISA) anda, jumlah risiko adalah sifar. Perlindungan Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh (Total & Permanent Disability, TPD) adalah sehingga umur 70 tahun dan tertakluk pada jumlah maksimum RM4 juta bagi setiap orang yang dilindungi.
Manfaat Penyakit Kritikal Tidak berkaitan.
Pelepasan Cukai Sehingga RM6,000 di bawah Insurans Hayat dan KWSP, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Ciri-ciri Mampu Milik
Hanya serendah RM50 sebulan untuk perlindungan buat anda dan keluarga sekiranya kejadian yang tidak diduga berlaku.Boleh Diubah Suai
Tambah rider Medic Protector, Income Protector atau Crisis Protector kepada pelan asas anda untuk perlindungan perubatan dan kesihatan yang lebih menyeluruh.

Ringkas
Satu pelan mudah yang menawarkan anda perlindungan berasaskan tempoh perlindungan yang anda pilih dan jumlah sumbangan yang dibayar.

Lampiran Rider Medic Protector

Income Protector

Crisis Protector

Nota Penting Ini adalah penerangan ringkas mengenai produk. Untuk butiran lengkap seperti terma-terma dan syarat-syarat yang terperinci, sila rujuk kepada dokumen sijil anda.

Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar.

 

Untuk Keterangan lanjut – > http://izam.wasap.my

PruBSN Platinum

Manfaat Utama


Bayaran Tunai Tahunan


Manfaat kematangan


Fleksibiliti Tempoh Sumbangan & Umur Tamat Tempoh

Ciri-ciri Produk
Tempoh Sumbangan Minimum 5 tahun atau sehingga umur 80 tahun.
Sumbangan Minimum Bulanan Berbeza berdasarkan pilihan tempoh sumbangan.
Kelayakan Umur Umur 19 tahun sehingga 65 tahun.
Tamat Tempoh Perlindungan Umur 55 tahun atau sehingga umur 80 tahun.
Jumlah Perlindungan Minimum RM25,000
Manfaat Matang Baki dari Akaun MaxiShield (MaxiShiled Account, MSA) & Akaun Unit Pelaburan (Investment Unit Account, IUA) di mana berkenaan.
Manfaat Kematian 100% dari jumlah perlindungan + nilai tunai dari akaun-akaun.
Manfaat Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh 100% dari jumlah perlindungan + nilai tunai dari akaun-akaun dan tamat pada umur 70 tahun.
Manfaat Penyakit Kritikal Tidak berkaitan.
Pelepasan Cukai Sehingga RM6,000 di bawah Insurans Hayat dan KWSP, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Ciri-ciri Perlindungan Berganda jika berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh (TPD) akibat kemalangan
Hapuskan kerisauan anda dengan Perlindungan Asas jika berlaku kehilangan nyawa atau TPD. Perlindungan Berganda jika berlaku kehilangan nyawa atau TPD akibat kemalangan sebelum umur 70 tahun.Pelan Bayaran Tunai Tahunan*

Tahun Sijil / Pelan Bayaran Tunai Classic Vantage Prime
% dari jumlah perlindungan
(Tahun sijil ke-2 – ke-10)
2% 4% 6%
% dari jumlah perlindungan
(Tahun sijil ke-11 sehingga kematangan)
4% 8% 12%

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Lampiran Rider Contributor, Protection

Nota: Rujuk kepada senarai Pelan Rider untuk maklumat lanjut.

Nota Penting Ini adalah penerangan ringkas mengenai produk. Untuk butiran lengkap seperti terma-terma dan syarat-syarat yang terperinci, sila rujuk kepada dokumen sijil anda.

Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar.

Untuk keterangan lanjut, Whatsapp saya – > http://izam.wasap.my

PruBSN Warisan

Manfaat Utama

Kelangsungan hidup keluargaHibahHad tanpa pemeriksaan perubatan yang tinggi

Perincian Produk

[table id=10 /]

BERIKUT IALAH CONTOH SEBUT HARGA BAGI PELAN PRUBSN WARISAN

Maklumat Pemohon
Nama : En.Rosli
Pekerjaan : Pengarah Urusan
Umur : 38 Tahun
Status : Berkahwin
Perokok : Tidak merokok
Pendapatan Tahunan : RM100,000.00 Setahun

Maklumat Pelan
Nama Pelan : Prubsn warisan
Tempoh Perlindungan : 30 tahun
Tempoh komitmen caruman : 5 Tahun sahaja
Jumlah caruman : RM16,200/Setahun

Manfaat Pelan
Pampasan Kematian / Hilang Upaya Kekal –
RM500K
( dihibahkan kpd yang tersayang )

Ilustrasi Jumlah Caruman VS Jumlah Nilai Tunai (cash value-saving)

Caruman :
Tahun   1 – RM16,200
Tahun   2 – RM16,200
Tahun   3 – RM16,200
Tahun   4 – RM16,200
Tahun   5 – RM16,200
Tahun   6 – RM0
Tahun   7 – RM0
Tahun   8 – RM0
Tahun   9 – RM0
Tahun 10 – RM0
.
.
.
Tahun 30 – RM0
JUMLAH KESELURUHAN CARUMAN
YANG TELAH DIBAYAR = RM81,000

Nilai Tunai (cash value-simpanan)

Tahun   1 – RM11,628

Tahun   2 – RM24,478

Tahun   3 – RM39,569

Tahun   4 – RM56,312

Tahun   5 – RM75,408

Tahun   6 – RM79,702

Tahun   7 – RM84,199 <– Dah balik modal

Tahun   8 – RM88,897 <– Dah mula untung

Tahun   9 – RM93,853

Tahun 10 – RM99,038

.

.

.

Tahun 30 – RM193,993

JUMLAH KESELURUHAN CASH VALUE (simpanan)

SELAMA 30 TAHUN = RM193,993KESIMPULAN

Jika umur En.Rosli tak panjang?

– Hibah RM500,000

akan diberikan kepada orang yang beliau sayang.Jika umur En.Rosli panjang?
– Cash value (simpanan) RM193,993 akan diberikan kepada beliau.

**Setiap sebutharga mungkin berbeza mengikut perubahan maklumat di atas

APA ITU HIBAH TAKAFUL?

Hibah bemaksud hadiah,hibah takaful pula adalah hadiah (pampasan kematian) yang akan diberikan kepada orang yang tersayang (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia.

APAKAH KELEBIHAN HIBAH TAKAFUL?

  • Penama adalah penerima mutlak.
  • Pampasan tidak perlu melalui prosedur wasiat atau faraid yang rumit & makan masa yang panjang.
  • Mengelakkan konflik keluarga (perebutan) pampasan,kerana hibah tidak boleh dipertikai & penama akan mendapat pampasan penuh dengan lebih cepat.
  • Penama boleh diletakkan atas nama sesiapa sahaja walaupun individu tersebut tidak berhak dalam faraid.

HIBAH VS FARAID

Berikut ialah cara pengagihan mengikut sistem faraid bagi individu muslim. Hukum faraid adalah WAJIB. Dengan hibah,pampasan kematian tidak perlu melalui sistem faraid.

[contact-form-7 404 "Not Found"]

JIka berlaku kematian,semua harta & akaun simati termasuk simpanan,asb,epf akan dibekukan sementara bagi memalui proses wasiat atau faraid.Hibah Takaful (pampasan takaful) sahaj instrumen yang terbaik untuk penama mendapat wang dengan segera untuk meneruskan hidup sementara akaun yang dibekukan dapat dicairkan semula.

Dengan hibah takaful,konflik keluarga atau perebutan harta pampasan dapat dielakkan.

Wang pampasan dapat disalurkan dengan lebih cepat bagi penama dapat meneruskan kehidupan.

[contact-form-7 404 "Not Found"]

PruBSN Employee Benefit

employeebanefit

Pekerja adalah aset sesebuah syarikat. Tanpa pekerja yang komited dan setia kepada syarikat, sudah tentu sukar untuk mencapai visi dan misi syarikat setiap tahun.

 

Bagaimana nak tingkatkan rasa kasih sayang pekerja kepada syarikat? Bukan berlu berbelanja berjuta-juta untuk hiburan semata-mata! Tak semestinya nak kena hantar pergi oversea setiap tahun! Back to basic, selain dari gaji apa yang sering dipertimbangkan? Ya, sudah tentu kebajikan pekerja! Semua pekerja mahukan majikan yang mengambil berat perihal kebajikan mereka lebih-lebih lagi tentang Cuti, Elaun, Bonus dan Perubatan mereka! Tetapi tidak banyak syarikat yang mampu menyediakan manfaat perubatan dimana setiap pekerja ada medikal kad! Jadi bagaimana ya, syarikat saya kecil sahaja!!!??? Buat permulaan untuk sebuah syarikat yang sedang berkembang, sekadar menyediakan rasa selamat, rasa dilindungi dan disayangi di syarikat tempat bekerja sudah bagus!!!

prubsn_employeebenefit_bm-3

Rata-rata syarikat yang berjaya menyediakan manfaat perlindungan kepada pekerja menunjukkan sikap yang positif terhadap produktiviti syarikat. Pekerja sentiasa positif dan lebih gembira bekerja kerana mengetahui majikan mereka amat prihatin terhadap pekerja. Mereka merasa diperlukan dan dihargai syarikat, maka mereka pasti akan menghargai kembali.

Jadi bagaimana? Apa yang boleh Takaful PruBSN bantu?

Tahukah anda, Takaful PruBSN mempunyai satu produk untuk manfaat pekerja? Ia dikenali sebagai Takaful PruBSN Employee Benefit!

Dengan harga serendah RM38/setahun, majikan boleh menyediakan manfaat tambahan kepada pekerjanya bagi meningkatkan rasa taat setia kepada syarikat!

Jika syarikat anda mempunyai pekerja melebihi lima (5) orang, anda boleh memohon plan komprehensif ini daripada kami!!!

Berikut adalah anggaran kadar sumbangan seorang mengikut umur untuk Kelas Pekerjaan 1.

prubsn_employeebenefit_bm-8

prubsn_employeebenefit_bm-9

1 2 3 4