Kos bedah anak RM35,000, Yazit mahu jual kereta

KUALA LUMPUR: Pemain dram popular, Yazit Ahmad buntu mencukupkan dana bagi menyegerakan pembedahan jantung anak keduanya hingga sanggup menjual kereta.

Yazit, 57, memberitahu, Shahmirnuri, 34, atau dipanggil Boy yang dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu, masih lemah berikutan masalah jantung membengkak.

“Sampai hari ini, kereta milik saya dan Boy belum terjual. Tidak mengapalah ‘lepaskan’ kereta yang saya guna untuk dia menjalani dialisis setiap minggu demi kesihatan.

“Biarpun berapa sen sangat yang dapat dengan jualan kereta itu, harap ada yang sanggup beli. Ada rakan memberi sumbangan sejak berita mengenai penyakit anak tular.

“Kami sekeluarga masih berikhtiar selain memohon Unit Kebajikan Hospital menimbang diskaun daripada kos pembedahan yang dianggarkan RM35,000.

“Doakan semoga wang sebanyak itu dapat dikumpul. Boy perlu segera menjalani pembedahan memasukkan bateri pada jantungnya,” katanya kepada BH Online.

Dua minggu lalu, anak kedua daripada tiga bersaudara itu ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas sesak nafas.

Aras saranan doktor, Boy yang sebelum ini bekerja sebagai jurujual telefon, dipindahkan ke Hospital Serdang yang mempunyai pakar jantung.

Sebelum ini, Yazit yang menghidap penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu, memerlukan bantuan kewangan berikutan tidak mampu melakukan kerja berat.

Selain Boy, Yazit dan isterinya, Ramlah Ahmad, 59, mempunyai dua anak perempuan iaitu Razilah, 38, dan Shafiqa Nurlis, 29.

‘Tak sangka arwah masih tinggalkan wang perbelanjaan’

AYER TAWAR – Seorang bapa tidak menyangka RM500 yang diberikan anak keempatnya sebelum meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya 22 Februari lalu bukanlah yang terakhir.

Ismail Hassan, 60, yang tinggal di Batu 19, Ayer Tawar berkata, beberapa hari sebelum kejadian dia ada memaklumkan kepada arwah anaknya Muhammad Mustaqim, 24, bahawa bil elektrik sudah sampai di rumah mereka dan memerlukan RM100 untuk membayarnya.

“Selepas itu dia mengeluarkan wang di bank dan memberikan saya sejumlah RM500 dan saya cakap banyak duit abang bagi ini, ayah nak RM100 buat bayar bil elektrik sahaja dan dia menjawab tak apa ambil sahaja semuanya.

“Rupanya itu adalah pemberian terakhir gajinya kepada saya sebelum dia meninggal dunia kemalangan ketika keluar untuk bekerja di Sitiawan 22 Februari lalu dan saya rasa dunia saya sangat gelap masa itu,” katanya kepada pemberita ketika menerima kunjungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Seri Manjung, di kediamannya di sini, hari ini.

Menurut Ismail, dia terkejut bila dimaklumkan bahawa akan menerima wang Faedah Tanggungan Perkeso kerana arwah anaknya merupakan pencarum Perkeso dan tidak dapat menahan sebak ketika menerima khabar berkenaan.

“Saya ingat RM500 itulah pemberian terakhir arwah tetapi tidak sangka walaupun dia sudah pergi meninggalkan kami dia masih memberikan saya wang perbelanjaan setiap bulan sehingga akhir hayat saya melalui Perkeso.

“Wang saya dapatkan ini akan digunakan untuk perbelanjaan kami sekeluarga serta sebahagiannya akan disedekahkan kepada masjid atau surau supaya arwah anak saya mempunyai saham akhirat,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Perkeso Seri Manjung, Mohd Shaperi Md Salleh, berkata, Allahyarham Muhammad Mustaqim bekerja sebagai Pembantu Awam Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di Sitiawan dan dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan ketika menunggang motosikal.

“Kami menerima maklumat daripada laporan akhbar tempatan dan Skuad Prihatin Perkeso Seri Manjung segera menjalankan siasatan bagi membantu keluarga arwah mendapat bantuan sepatutnya memandangkan arwah merupakan pencarum Perkeso.

“Selepas dijalankan siasatan bapa dan adik bongsu arwah layak menerima Faedah Tanggungan dengan bayaran sebanyak RM1,606.50 sebulan di mana bayaran akan mula dibuat bermula bulan ini,” katanya.

Selain itu, Perkeso turut menyampaikan sumbangan Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 kepada Ismail.

Aku baru kehilangan suami. Ketika wasiat dibacakan tiba2 datang seorang wanita tua berkerusi roda.

Foto sekadar hiasan. Saya berusia 55 tahun jadinya saya tak pandai nak berkias ayat. Tapi saya nak berkongsi dgn pembaca kisah madu saya yg saya doakan agar dia dikurniakan Syurga Teragung setelah apa yg dilaluinya selama ini. Amin.. Moga sama-sama kita ambil iktibar ye. Pada tahun 1988 saya bernikah dgn seorang lelaki yg sama profesion dgn saya sebagai seorang pegawai perubatan. Pada ketika itu saya tidak mengetahui latar belakang lanjut tntg suami saya. Yg saya tahu, dia seorang lelaki bujang dan keluarganya dtg melamar saya.

BERKONGSI CERITA PES4KIT.

Kehidupan kami serba serbi sempurna. Saya dan dia bekerja di hoss pital berbeza tapi apabila pulang ke rumah, kami berkongsi cerita yg sama.

Cerita tentang pesaa kit kami di hoss pital masing-masing. Tiada perubahan pada suami, bahkan tiada apa yg saya nampak pelik pada dia. Hari-hari dia ada dgn saya. Ada masa brrsama keluarga apabila waktu cuti sekolah.

Hinggalah saya ditukarkan ke PPUM, saya agak berjauhan dgn suami yg bekerja di utara semenanjung.

Tapi masih, tiada perubahan yg saya nampak pada dia. Namun suami selalu berpesan, andai ada pelajar perubatan bernama Aisy (Bukan nama sebenar) dan Asyraff (bukan nama sebenar), dimintanya ajar betul-betul dua pelajar ini seperti anak kandung sendiri.

Saya sebagai doktor dan ibu sememangnya bersikap profesional dan beranggapan setiap pelajar perubatan adalah anak saya sendiri tanpa membezakan mereka.

Anak-anak saya juga merupakan pelajar perubatan maka haruslah saya mengajar pelajar lain sama seperti saya mengajar anak saya.

SUAMI JATUH S4KIT.

Hinggalah satu hari, suami jatuh saa kit. Terlantar lama di hos pital. Dia acap kali menyebut, tengok-tengokkan Aisy dan Asyraff. Ajar mereka sampai jadi doktor yg berguna.

Saya masih sama. Tidak merasa pelik kerana suami saya memang seorang yg prihatin. Saya iyakan sahaja apa yg dikatakan. Hinggalah ketika suami semakin tenat dan dia berhajat berjumpa dgn kedua pelajar perubatan tadi.

Ketika sesi pertemuan, saya hanya melihat mereka berdua. Bercakap seperti biasa hinggalah akhirnya, suami saya berkata, “Jaga ibu dan sampaikan maaf saya pada ibu.”

Saya mulanya agak pelik tapi masih positif kerana beranggapan mungkin dia sayang dua pelajar ini. Petang itu juga selepas solat asar, suami saya menghembuskan nafas yg terakhir.

SEORANG WANITA BERKERUSI RODA.

Saya redha dgn pemergiannya namun ada sesuatu yg lebih menarik perhatian saya. Aisy dan Asyraff hadir ke pengebumian suami saya bersama seorang wanita tua dlm linkungan usia lewat 50-an. Wanita itu buu ta dan hanya duduk di kerusi roda. Tapi mereka tidak dtg dekat. Hanya sekadar melihat dari jauh.

Saya cuba utk menuju ke arah mereka utk bertanya namun mereka sudah berlalu dan majlis pengebumian belum selesai doanya lagi.

DIPANGGIL PEGUAM

Selang beberapa hari, saya dan anak-anak dipanggil ke pejabat peguam utk mendengarkan wasiat ar w4h suami. Saya dan 2 org anak sudah hadir utk mendengarkan wasiat tersebut namun peguam mengatakan harus menunggu lagi pemegang wasiat lain.

Sekali lagi saya diam dan hanya menunggu. Hinggalah datang dua orang anak muda bersama seorang wanita yg saya kenal amat. Aisy dan Asyraff bersama wanita tua yg saya nampak di kubur haritu. Ketika itu, hati saya berbolak balik. Kenapa Aisy dan Asyraff selalu ada dan disebut-sebut oleh ar w4h. Kini ketika mendengarkan wasiat juga mereka ada bersama.

2 org anak saya, Amira dan Adhlina juga bagaikan senang dgn kehadiran Aisy dan Asyraff kerana mereka sekawan di PPUM.

BACAAN WASIAT.

Peguam mulakan pembacaan wasiat dan alangkah terkejutnya saya apabila perkataan pertama yg keluar dari mulut peguam ialah, “Pemegang wasiat pertama ialah isteri pertama iaitu Puan Hasidah..”

Allah… Berderau jantung saya. Kenapa nama itu bukan nama saya. Terus saya menoleh ke arah perempuan buu ta yg disorong kerusinya oleh Aisy dan Asyraff. Saya cuba utk bertenang dan mendengarkan dahulu segala apa amanat suami saya yg ditinggalkan. Saya tak boleh terburu-buru.

Suami saya hanya mngalkan sejumlah wang utk Puan Hasidah dan juga sebuah pondok di kawasan yg saya sendiri tak pernah tahu. Selebihnya, rumah yg kami duduki, kereta, aset lain semuanya utk saya dan anak-anak.

Selesai pembacaan wasiat, saya menurunkan tandatangan sbgai tanda penerimaan. Begitu juga Puan Hasidah yg menggunakan cop jari.

Selesai semuanya, saya mendekati Aisy dan Asyraff bersama ibunya. Cuba utk bertanya macammana boleh semua ini terjadi.

Lama kami duduk berbual hinggakan basah kuyup baju saya kerana air mata yg melimpah keluar mendengarkan kisah madu saya.

KISAH AAR WAH SUAMI SEMBUNYIKAN.

Kisahnya, pada tahun sama perkahwinan saya dan suami, ar w4h suami saya sudah pun terlebih dahulu bernikah dgn Puan Hasidah. Jarak lebih kurang 6 bulan beza perkahwinan kami. Ketika suami menikahi saya, dia sedang hamil 4 bulan dan anak dlm kandungannya kembar iaitu Aisy dan Asyraff.

Perkahwinan Puan Hasidah tidak diterima ibu mertua saya kerana Puan Hasidah seorang gadis yatim piatu dan tidak bersaudara.

Makanya ibu mentua saya menghinanya sebagai perempuan tidak sah taraf. Ibu mentua saya yg juga ibu kepada arr wah suami turut mengancam Puan Hasidah utk tidak mengganggu keluarga baru anaknya jika mahu berteduh di pondok tersebut.

Makanya Puan Hasidah merelakan kata-kata ibu mertuanya dan sama sekali tidak mengganggu kami. Kerana itu saya tidak mengetahui apa-apa selama lebih 30 tahun.

Saya bertanya kenapa dan macam mana Puan Hasidah boleh menjadi bu ta. Dan jawapannya tersangat merundum hati saya.

Ketika ibu mertua saya hilang penglihatan kerana terjatuh dari tangga rumahnya, saya dan suami puas mencari penderma mata hinggalah suami mengatakan dia telah berjumpa dgn seorang penderma iaitu seorang perempuan. Ketika itu saya bersyukur kerana ada yg sudi menderma kerana saya tidak mengetahui apa-apa.

Rupanya penderma tersebut ialah Puan Hasidah yg juga menantu paling dibenci dihina oleh ibu mentua sendiri !! Ketika mendengarkan kisah itu, saya terbakar dan mendidih hati serta kebencian saya terhadap ibu mentua menjadi-jadi.

Mujur orang tua itu sudah 3 tahun mngalkan kami. Jika tidak, akan saya suruh dia melutut maaf di hadapan Puan Hasidah.

Namun Puan Hasidah tenang dan menjawab, “Saya tiada ibu, puan. Saya lakukan semua ini demi mendapatkan rahmat seorang ibu.”

Allah.. Berderai lagi air mata saya. Sambung Puan Hasidah,

“Saya anggap semua ini takdir hidup saya. Saya tidak mengeluh bahkan saya bersyukur. Saya mempunyai suami walaupun hanya 3 bulan. Paling tidak saya terlepas dari fitnah manusia. Saya dikurniakan anak lelaki. Bukan seorang tapi dua. Yg boleh jagakan saya. Saya tiada saudara mara, puan. Ini sahaja harta saya. Dan saya sama sekali tidak mengharapkan harta dari arr wah suami. Cukuplah dikekalkan pondok kami sebagai tempat berteduh.”

Saya rasakan bagai tersepuk ke lantai mendengarkan kata-katanya. Bagaimana seorang isteri mampu hidup sendirian begitu tanpa suami. Saya pandang wajah Aisy dan Asyraff, tertanya juga saya samada mereka tahu atau tidak Doktor Ahmad (bukan nama sebenar) adalah ayah mereka.

Jawapan mereka, “Ya.. Kami kenal ayah kami. Tapi kami tak boleh panggil ‘ayah’ kerana arr wah nenek akan hukum ibu kalau tahu panggil ‘ayah’.”

Sekali lagi saya terdiam. Yaa Allah, kenapa kee jam sangat orang tua ni masa hidupnya?!

Saya bertanya lagi samada mereka berden dam atau tidak dgn arr wah nenek dan arr wah ayahnya, jawab mereka,

“Ibu tak pernah didik kami membenci. Kerana disetiap perbuatan arr wah nenek dan arr wah ayah, ada sedikit kebaikan mereka yg harus dilihat.”

Saya? Bermandi air mata melihat mereka. Berjayanya Puan Hasidah mendidik anaknya utk tidak membenci selepas semua perkara ini terjadi.

Tenang sangat saya lihat wajah Puan Hasidah. Seolah-olah dia tidak mempunyai masalah sekalipun dia kini bu ta.

Memadailah pembaca tahu, saya jatuh cinta dgn sikap madu saya yg teramat mulia hatinya. Saya selalu fikir, bermadu ini seperti anjing dan kucing. Bercakaran dan berlawan. Tapi alhamdulillah syukur Yaa Allah.. Madu saya teramat baik dan saya doakan syurga teragung utk dia dan anak-anak kerana keikhlasan hatinya.

Hingga ke saat ini, Puan Hasidah enggan utk memijak rumah agam kami kerana katanya, ibu mentuanya dulu pernah mengharamkan kakinya menjejak ke rumah suami. Andai dia melakukannya, ibu mentua akan menidakkan dia sebagai anak.

Andai saya ditempatnya, mungkin saya akan bantah sekerasnya perilaku ibu mertua. Tapi tidak pada Puan Hasidah. Dia mengagungkan dan memuliakan ibu mertua sama seperti ibu kandungnya sendiri. Kerana itu, dia hanya menurut.

Pada pembaca budiman, saya harap kita sama-sama ambil iktibar bahawa dalam kesenangan kita, ada air mata orang lain yg kita lupa. Sebagaimana saya sedang belajar utk ikhlas seperti madu saya, anak-anak pembaca budiman juga belajarlah utk ikhlas. Inshaa Allah, syurga untuk kita semua.Amin.

Sumber : Dr. Fauziah Ahmad

‘Duit cukup sebulan aje’

Kuala Lumpur: “Kehidupan kami anak-beranak bertukar sekelip mata apabila individu yang menjadi ‘tulang belakang’ kepada keluarga kini terlantar koma akibat terbabit kemalangan.

“Kami sekeluarga hilang sumber pendapatan akibat kekangan kewangan sehingga saya terpaksa mengharapkan ihsan keluarga dan rakan,” kata suri rumah Nooraishah Mailzul, 33.

Nooraishah berkata, suaminya, Khairul Anuar Zainudin, 33, koma berikutan terbabit kemalangan jalan raya berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati di sini, pada 18 Jun lalu.

Katanya, setiap hari dia berdoa kepada Allah SWT agar urusan membesarkan empat anak berusia 12 bulan hingga lapan tahun dipermudahkan.

“Mujur ada sedikit wang simpanan milik suami, tetapi saya tak tahu sampai bila kami anak beranak mampu bertahan. Mungkin kami hanya boleh bertahan sebulan sahaja lagi jika mengharapkan wang simpanan suami semata-mata,” katanya.

Dia memberitahu, ketika kejadian Khairul Anuar berkerja sebagai penarik kereta dirempuh ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli sarapan di sebuah kedai berhampiran kediaman mereka.

Akibat rempuhan, katanya, tulang pipi dan rahang Khairul Anuar patah, selain itu doktor turut mengesan darah beku pada kepala suaminya.

“Doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk buang tempurung kepala suami bagi mengelakkan jangkitan kuman. Sekarang suami terlantar di rumah dan hanya boleh minum susu saja.

“Setiap minggu saya kena sediakan RM500 untuk beli dua tin susu berharga RM80 setiap tin, lampin pakai buang dan ubat-ubatan,” katanya.

Menurutnya, dugaan dan cabaran dilalui sekarang ini dianggap sebagai sebahagian daripada ujian Allah SWT agar dia menjadi lebih kuat untuk membesarkan anak-anak dan menjaga suami kini terlantar.

“Saya belum fikir lagi untuk mencari pekerjaan dalam masa terdekat ini kerana banyak perkara perlu difikirkan selain itu saya kena jaga suami agar keperluannya tak terabai,” katanya.

Orang ramai mahu membantu meringankan beban boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun CIMB 14410084450526, atas nama Nooraishah Mailzul.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Julai 2018 @ 9:58 AM

3 Minggu Allah Beri Masa Untuk Saya Bersedia, Hadapi Saat Kematian Suami

Ajal itu apabila sudah sampai waktunya, masanya tidak akan lambat, tidak akan cepat. Hadirnya tepat sama ada kita benar-benar sedia ataupun tidak. Inilah yang terpaksa dihadapi Azlina Mohamed dalam menerima hakikat kematian suaminya.

Suaminya pergi ke kampung akhirat dalam jangka waktu yang begitu pantas. Banyak kemungkinan yang perlu dilaluinya untuk Azlina benar-benar bersedia dan cekal. Namun, akuinya disebabkan jiwanya yang rapuh dia mencatatkan 6 garis panduan ini.

Biar apa pun situasinya sekarang ini, isteri kenalah bersiap sedia dengan enam hal ini. Supaya, ketika isteri ditinggalkan dirinya sudah punya kekuatan dalaman yang kental. Ya.. biarpun masih lemah. Sekurang-kurangnya isteri sudah bersiap sedia.

Saya Tak Mahu Isteri Isteri Lain, Lemah Macam Saya

Al Fatihah buat suami saya, Noor Aiman bin Noor Mohamed, yang meninggal pada 1 Mei 2018 disebabkan oleh denggi. Semoga syurga tempatnya.

Pesanan buat isteri; berdasarkan pengalaman sendiri.

1. Belajar/Mahirkan Diri Memandu Kereta

Kita tidak tahu berapa lama kita boleh menggunakan khidmat suami kita sebagai driver.
Jika suami sakit, siapa lagi yang akan drive? Bawa suami ke hospital, melawat suami, urusan luar, hantar dan ambil anak sekolah, dan macam-macam lagi tugasan yang melibatkan pemanduan kereta.

Dan jika ditakdirkan suami meninggal, nauzubillah min zalik, isterilah yang harus mengambil alih semua tugasan harian dan pastinya ada yang melibatkan perjalanan yang perlu menggunakan kereta.

Saya perlu drive kadang-kadang sejam lebih dari rumah ketika suami berada di ICU Hospital Klang. Terbayang-bayang jika saya tak pandai drive, macam mana saya nak ke hospital? Grab? Kos tinggi. LRT/KTM? Tak semudah itu.

2. Ada Punca Pendapatan

Tidak kira bekerja di pejabat atau di rumah, pastikan ada punca pendapatan. Dan ada simpanan. Penting untuk digunakan ketika waktu kritikal.

Selepas kematian suami, isteri pula lah yang akan mengambil tanggungjawab membayar kereta, yuran sekolah anak-anak, belanja seharian dan sebagainya.

3. Kenali Sahabat Sahabat Suami

Arwah suami saya seorang yang suka bercerita tentang sahabatnya. Jadi sedikit sebanyak, saya tahu apa pekerjaan sahabat-sahabat arwah.

Ketika hati bimbang tentang kesihatan suami, diri ni pula tak berapa nak faham medical term yang doktor terangkan, sahabat sendiri tak ramai yang jadi doktor, sahabat-sahabat suami yang bekerja sebagai doktor lah yang menjadi panduan.

Mereka jugalah yang banyak membantu terutama proses berkaitan wad/hospital, penginapan berdekatan hospital, kebajikan kami dan anak-anak, viralkan mesej #pray4aiman, dan macam-macam lagi kebaikan yang tak dapat saya balas.

4. Jaga Hubungan Kekeluargaan

Ketika kita senang, jangan kita abaikan keluarga besar kita. Kerana bila kita dalam kesusahan, kehadiran ahli keluarga besar kitalah yang akan membantu dan menjadi penguat semangat kita.

Sejak suami saya tenat, ahli keluarga lah yang banyak membantu menguruskan anak-anak, beli makan minum untuk kami yang tak sempat fikir ttg makan dan minum, bagi semangat pada kami, ingatkan kami untuk terus kuat dan redha, dan macam-macam lagi. Cuba bayangkan jika saya sendirian?

Benarlah, sambil Allah hantar ujian, Allah hantarkan juga bantuan. Betapa Allah tidak zalim, malah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

5. Bersedia

Alhmdulillah Allah tahu saya lemah. Dia berikan saya masa 3 minggu untuk bersedia dan redha menghadapi kematian suami saya.

Kematian boleh berlaku bila-bila sahaja. Samada sakit atau sihat.

Terbayang jika saya tidak bersedia, suami saya meninggal, mungkin saya pula yang akan pengsan, sakit atau sebagainya dan susahkan lagi urusan berkaitan kematian suami saya.

6. Jadilah Pencarum Takaful/Hibah Sekiranya Mampu

Alhamdulillah 4 bulan lepas, setelah dipujuk, arwah suami saya akur untuk mencarum takaful bersama sepupunya Wan Hafizuddin . Inisiatif ini kami ambil kerana suami saya punca utama pendapatan kami sekeluarga. Bimbang jika terjadi sesuatu yang tidak diingini, ada sesuatu yang dapat membantu kami.

Ternyata perkara yang tidak diingini itu betul-betul berlaku. Lebih lagi, melibatkan kematian.

Takaful ini juga yang membantu suami saya menerima rawatan yang cepat dan dapat berehat dengan selesa sebelum arwah koma dan akhirnya meninggal.

Bila arwah meninggal, pampasan kematian itulah sedikit sebanyak dapat membantu saya menguruskan anak-anak dan kehidupan kami yang seterusnya.

Jika diimbas kembali sekiranya suami saya tidak mencarum takaful, ditambah dengan ketiadaan duit simpanan yang banyak, tiada pampasan kematian dan sebagainya, bagaimana kehidupan kami dan anak-anak yang masih kecil ni?

Tapi sekiranya tidak mampu mencarum takaful/hibah, tidak mengapa. Pastikan simpanan dibuat secara berkala dan berterusan. InsyaAllah kita yakin bahawa rezeki Allah ada dimana-mana.

Pesanan ini, bukan sebab saya rasa saya hebat. Tapi sebab saya rasa saya lemah. Dan saya tak mahu isteri-isteri lain jadi lemah macam saya.

Semoga kita semua sentiasa dipinjamkan kekuatan oleh Allah dalam kehidupan seharian kita.

Semoga bermanfaat.

Sumber/Foto : Azlina Mohamed

 

1 2 3