SIAPA PENERIMA HIBAH TAKAFUL YANG SEPATUTNYA?

Hibah bermaksud hadiah. Jika kita memiliki harta, kita boleh menghibahkan harta tersebut kepada sesiapa sahaja yang kita kehendaki. Hibah takaful pula adalah Hibah Bersyarat. Ini kerana wang tersebut bukan lagi milik mutlak kita. Syarat untuk berlaku hibah takaful adalah orang yang dilindungi meninggal dunia terlebih dahulu.

Persoalannya, jika kita mengambil polisi hibah takaful, siapa yang patut menjadi penerima hibah?

Sebenarnya, kita boleh menghibahkan wang takaful kepada sesiapa sahaja yang kita mahukan. Yang terbaik, penerima hibah haruslah individu yang menjadi tanggungan kita ketika kita masih hidup iaitu ahli keluarga kita.

Contohnya Encik Fendi mempunyai seorang isteri, dua orang anak dan seorang ibu yang menjadi tangungan. Beliau tiada tanah dan harta yang banyak. Yang ada pun hanya rumah dan kereta yang masih belum habis bayar. Jadi beliau boleh menghibahkan wang takaful kepada mereka semua. Berapa banyak nak bagi, itu terpulang. Katakan Encik Fendi memiliki polisi takaful bernilai RM500,000 beliau boleh membahagikan wang tersebut mengikut pecahan:

Isteri – 50% (RM250,000)
Anak 1 – 20% (RM100,000)
Anak 2 – 20% (RM100,000)
Ibu – 10 (RM50,000)

Kenapa lebihkan isteri? Sebabnya jika anak-anak di bawah umur 18 tahun, mereka tidak dapat mengeluarkan wang tersebut dan perlu menunggu sehingga umur 18 tahun. Jadi secara logiknya, isteri yang perlu menanggung kehidupan anak-anak dan patut menerima wang yang lebih.

Anak-anak pula akan mendapat wang selepas berumur 18 tahun. Ketika ini mereka akan memasuki alam universiti dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Selepas alam universiti, mereka pasti ingin berkahwin dan membeli rumah sendiri. Jadi wang tersebut sangat membantu.

Ini hanyalah sekadar contoh. Pembahagian tersebut boleh dibuat mengikut keperluan dan keutamaan masing-masing.

Contoh kedua, Encik Anas masih bujang. Dia masih mempunyai ibu dan bapa. Beliau boleh menamakan ibu dan bapa sebagai penerima hibah. Selepas beliau berkahwin kelak, beliau boleh menukar nama penerima hibah kepada isteri dan anak-anak. Jika beliau berkahwin dengan isteri kedua, beliau boleh menambah nama penerima hibah. Selagi beliau masih hidup, penerima hibah boleh ditukar mengikut kehendak beliau.

Macam mana pula jika berlaku sakit kritikal atau hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD)?

Dalam keadaan ini, hibah tidak berlaku kerana orang yang dilindungi masih hidup. Syarikat takaful akan membayar wang pampasan kepada pemegang polisi untuk kegunaan sendiri. Jika beliau nak berikan kepada isteri dan anak-anak, boleh dibahagikan sendiri secara biasa. Tak perlu tunggu syarat berlaku kematian.

Semoga penulisan ini memberikan kefahaman berkenaan Hibah Takaful. Bagi yang belum mempunyai pelan Hibah Takaful, boleh wasap saya segera untuk dapatkan pelan yang sesuai.

Boleh terus isi borang dibawah untuk dapatkan quotation:

Please enter your email, so we can follow up with you.