PELABURAN & PERLINDUNGAN

Pelaburan dan perlindungan adalah dua perkara yang bebeza tetapi saling melengkapi antara satu sama lain. Tujuan pelaburan adalah untuk mengembangkan kekayaan. Manakala tujuan perlindungan adalah untuk melindungi kekayaan kita ketika berlaku musibah.

Pelaburan
Terdapat pelbagai medium pelaburan daripada ketegori tiada risiko sehinggalah sangat tinggi risiko. Semakin tinggi risiko pelaburan bermakna semakin tinggi pulangan pelaburan. Salah satu pelaburan yang disifatkan sebagai tiada risiko adalah simpanan ASB. Antara medium pelaburan yang lain adalah unit amanah, hartanah, emas, saham dan lain-lain.

Perlindungan
Perlindungan pula menggunakan medium insurans dan takaful. Ramai yang masih kurang jelas mengenai perbezaan antara insurans dan takaful. Insurans adalah produk konvensional dan hukumnya HARAM bagi umat islam. Manakala takaful pula adalah produk islamik yang bersifat tolong-menolong antara satu sama lain.

Kedua-dua produk pelaburan dan perlindungan adalah penting kepada kita. Namun, tahap kesedaran terhadap kedua-dua produk ini jauh berbeza. Ramai sedar kepentingan pelaburan tetapi kurang menyedari kepentingan perlindungan. Kenapa ianya berlaku?

Kerana rata-rata mempunyai objektif yang jelas mengenai pelaburan atau simpanan. Contohnya matlamat untuk kahwin, kumpul deposit rumah, dana pendidikan anak, dana persaraan, modal perniagaan dan lain-lain.

Apabila memikirkan produk perlindungan, mereka akan berasa rugi kerana apa yang mereka bayar tidak diperoleh dalam bentuk fizikal yang boleh dinikmati kecuali jika berlaku musibah. Mereka merasakan sia-sia sahaja bayar takaful bulan-bulan, tapi tak sakit. Tak untung!!!

Kalau tak sakit, kita patutnya bersyukur sebab dikurniakan kesihatan yang baik. Cuba tanya kepada kawan-kawan yang pernah mendapatkan rawatan atau kematian ahli keluarkan yang ditanggung takaful. Pasti mereka akan berasa bersyukur kerana ada perlindungan.

Kalau kita faham konsep sebenar takaful, kita pasti tak akan merasa rugi bayar bulan-bulan walaupun tak pernah claim. Kenapa?

Konsep takaful adalah tolong menolong. Caruman yang kita bayar bulan-bulan akan dimasukkan ke dalam tabung tabarru’. Tabarru‘ ini bermaksud derma. Jadi setiap bulan kita telah menderma secara wajib. Jika berlaku musibah kepada para peserta, wang didalam tabung tabarru’ ini akan digunakan sebagai sumbangan. Konsepnya sama macam tabung khairat kematian.

Jadi, sumbanglah melalui takaful setiap bulan. Kat situ kita dah dapat pahala. Kalau sampai ‘turn’ kita nanti, kita atau waris pula akan dibantu. Betulkan niat untuk ambil takaful. Jangan fikir untuk dapat perlindungan semata-mata, tapi pasang niat untuk saling tolong menolong sesama peserta takaful. Barulah kita tak akan rasa rugi menderma setiap bulan. Derma & sedekah adalah salah satu sebab dilapangkan pintu rezeki.

Kenapa pelaburan saja tak cukup?
Simpanan dan pelaburan bertujuan untuk mengumpul dan mengembangkan kekayaan. Namun, kekayaan yang dikumpul bertahun-tahun boleh hilang sekelip mata jika kita atau keluarga ditimpa masalah.

Contohnya kita mengambil masa selama 10 tahun untuk mengumpul wang sebanyak 100K. Jika ditimpa sakit kronik, wang tersebut mungkin habis dalam masa yang singkat untuk membiayai kos rawatan. Sekiranya ditakdirkan kita sihat seperti sedia kala dan mampu bekerja semula, kita perlu mengumpul kekayaan bermula dari awal semula. Andai ditakdirkan nyawa tidak panjang, kita akan meninggalkan keluarga dalam keadaan miskin. Duit simpanan dah habis digunakan untuk kos rawatan. Sudah pasti akan membebankan pasangan untuk membesarkan anak-anak berseorangan. Masa depan anak-anak mungkin terjejas terutamanya dari aspek kos pendidikan.

Namun jika kita memiliki perlindungan takaful hibah dan kad perubatan, kos rawatan akan ditanggung sepenuhnya oleh wang tabarru’. Jika kita sihat seperti sedia kala, duit simpanan kita tidak terusik dan boleh meneruskan kehidupan secara normal. Andai umur tidak panjang, kita akan meninggalkan keluarga dengan wang hibah dan wang simpanan sedia ada.

Keluarga kita tidak akan terbeban dari aspek kewangan dan boleh menjamin anak-anak untuk meneruskan pengajian tanpa masalah kewangan.

Sebagai ketua keluarga, fikirkanlah masa depan anak-anak. Isteri mungkin boleh kahwin lain jika kita tiada nanti, tapi anak-anak mungkin terabai walaupun ada papa baru.

Jom dapatkan quotation takaful segera dan dapatkan perlindungan dalam masa 24 jam. Klik je link di bawah.

Boleh terus isi borang dibawah untuk dapatkan quotation:

Please enter your email, so we can follow up with you.