HIBAH vs MEDICAL CARD

Ramai yang tanya saya, medical card atau hibah (takaful hayat) yang lebih penting? Kedua-dua medical card dan hibah adalah produk takaful keluarga. Jadi kita perlu nilai apa fungsi orang yang dilindungi dalam sesebuah keluarga.

Sebelum itu, fahamkan dulu fungsi kedua-dua produk ini:

1. Hibah (Takaful Hayat)

Hibah adalah hadiah atau pemberian kepada seseorang. Hak milik hibah adalah mutlak dan tak boleh dilawan. Dalam aspek takaful, hibah adalah pemberian setelah seseorang itu meninggal dunia kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki (biasanya kepada isteri dan anak-anak). Takaful Hayat hanya layak diperoleh apabila orang yang dilindungi meninggal dunia atau hilang upaya kekal dan menyeluruh (Boleh ditambah dengan penyakit kritikal). Takaful Hayat tidak akan menanggung kos rawatan di hospital.

2. Medical card

Medical card pula adalah jaminan rawatan yang ditanggung oleh syarikat takaful (tabung tabarru’) jika orang yang dilindungi ditimpa sakit. Medical card tidak akan melindungi seseorang jika meninggal dunia atau mengalami hilang upaya. Ia hanya menanggung kos rawatan dan lain-lain kos berkaitan. So, medical card yang berjuta-juta cover tu tak boleh buat beli beras ye Kak Mah.

Bapa

Produk yang paling penting bagi ketua keluarga adalah hibah. Ini bagi menggantikan pendapatan keluarga jika sesuatu musibah berlaku kepada ketua keluarga yang mencari nafkah. Medical card bukan tak penting, tapi ada pilihan untuk rawatan di hospital kerajaan. Tapi jika mampu, ambil lah kedua-dua hibah dan medical card. Saranan saya, ambil perlindungan yang tinggi, sebaik-baiknya bersamaan 10 tahun gaji. Jika gaji 5k sebulan, dapatkan produk hibah 5x12x10 = +-600K.

Ibu

Jika ibu yang bekerja mencari nafkah, hibah adalah produk yang penting. Tetapi orang perempuan biasanya jarang nak tinggalkan duit kepada suami. Rasanya ramai yang faham kenapa kan?? Wanita lebih terdedah kepada pelbagai penyakit berbanding lelaki, maka medical card adalah penting kepada wanita. So saranan saya, ambil produk hibah yang sekadar memadai (untuk ditinggalkan kepada anak-anak) dan utamakan medical card.

Anak-anak

Kanak-kanak lebih memerlukan medical card berbanding hibah. Kerana kanak-kanak lebih cenderung untuk diserang pelbagai penyakit. Produk hibah kurang penting kerana ibu bapa masih boleh meneruskan kehidupan (dari aspek kewangan) jika anak-anak meninggal dunia.

Kesimpulan:

Pilihlah produk yang sesuai dengan fungsi masing-masing. Kalau dah ada ambil takaful, semak semula polisi. Mungkin kita kurang perlindungan atau terlebih perlindungan. Buat apa bayar mahal untuk produk yang tak sesuai?

Kalau baru nak roger2 pelan takaful yang sesuai, boleh terus wasap untuk dapatkan quotation:

Please enter your email, so we can follow up with you.