PruBSN Warisan Plus – Pelan Hibah Terbaik untuk Anda

Kalau kita berbicara tentang takaful, hibah sudah pasti menjadi satu topik utama. Secara ringkasnya hibah ini macam wasiat. Duit atau harta akan dibahagikan seperti yang ditetapkan. Namun kini ada cara yang lebih mudah untuk anda buat wasiat dan hibah sekaligus. Iaitu dengan PruBSN Warisan Plus.

Pada tahun 2019, PruBSN Takaful telah melancarkan satu pelan terbaru iaitu PruBSN Warisan Plus. Ia merupakan suatu pelan perlindungan yang berkonsepkan hibah. Dengan pelan ini, anda dapat menghibahkan manfaat daripada perlindungan yang ditawarkan kepada insan yang tersayang. Saya yakin dan pasti, anda juga ada insan yang anda sayangi kan? Jadi kalau anda sayangkan mereka, eloklah ‘hibah’ kan sesuatu untuk mereka.

Kenapa perlu hibah dengan PruBSN Warisan Plus?

Tak lengkap rasanya jika hidup ini tiada matlamat. Setiap orang sudah pasti ada matlamat masing-masing. Salah satu dari matlamat hidup adalah ingin membina keluarga yang bahagia dan memastikan masa depan mereka terjamin. Akan tetapi, perjalanan hidup ini tak semudah yang disangka. Kemungkinan perjalanan terkandas ditengah jalan adalah sangat tinggi.

Sekiranya anda sedar tentang risiko ini, sudah pasti anda akan menjadikan PruBSN Warisan sebagai persediaan. PruBSN Warisan Plus sememangnya direka khusus bagi memenuhi keperluan anda untuk meninggalkan warisan kepada orang yang anda sayangi. Jadi, sekiranya apa-apa berlaku kepada anda, ianya tidak lah menjejaskan kelangsungan hidup mereka.

Apa kelebihan yang ada dengan PruBSN Warisan Plus?

Sesuai dengan namanya, PruBSN Warisan Plus menumpukan manfaat kepada waris anda. Maklumlah, sekiranya anda tiada, mereka masih terpaksa meneruskan kehidupan. Dan yang pasti ianya lebih sukar dengan ketiadaan anda. Berikut adalah kelebihan pada PruBSN Warisan Plus:

a. Sara Hidup Keluarga

Perlindungan yang ditawarkan adalah minimum sebanyak RM 250,000. Ianya dalam bentuk pampasan yang diberikan terus kepada waris secara hibah.

b. Hibah

Lakukan penamaan waris anda bagi membolehkan mereka mendapat manfaat diatas. Bagi mereka yang masih belum tahu, sila ke laman hibah untuk maklumat lanjut.

c. Had Tanpa Pemeriksaan Perubatan Yang Tinggi

Kebanyakkan pelan takaful akan meneliti permohonan dengan pemeriksaan perubatan. Tapi dengan PruBSN Warisan Plus, anda boleh mendapatkan perlindungan sebanyak RM 1,500,000 tanpa pemeriksaan perubatan.

*tertakluk kepada umur dan tahap kesihatan orang yang dilindungi

Perlindungan yang ditawarkan oleh PruBSN Warisan Plus

Secara jujurnya, pada saya pelan ini memang sangat menarik. Kenapa saya kata macam tu adalah sebab perlindungan yang ditawarkan adalah komprehensif. Jumlah perlindungan yang tinggi dengan bayaran sumbangan bulanan yang rendah. Itu yang saya dapat rumuskan mengenai PruBSN Warisan Plus. Di bawah ini saya kongsikan ‘detail’ mengenai pelan ini.

1. Manfaat Kematian

Jika berlaku kehilangan nyawa, waris anda akan menerima pampasan berdasarkan nilai jumlah perlindungan asas atau nilai unit didalam akaun unit perlindungan & akaun init perlaburan (yang mana lebih tinggi).

2. Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)

Sekiranya anda ditimpa kemalangan yang menyebabkan anda mengalami TPD, anda akan menerima pampasan berdasarkan nilai jumlah perlindungan asas atau nilai unit didalam akaun unit perlindungan & akaun init perlaburan (yang mana lebih tinggi). Nilai maksimum yang tertakluk dalam manfaat ini adalah RM 4,000,000.

3. Tempoh Manfaat Fleksibel

Anda boleh memilih tempoh manfaat perlindungan sehingga umur 70 atau 80 tahun. Namun ia tertakluk kepada tempoh manfaat minimum adalah 10 tahun.

4. Tempoh Sumbangan Fleksibel

Terdapat beberapa pilihan tempoh sumbangan iaitu 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun atau tempoh perlindungan penuh.

5. Had Umur Kemasukkan

Pelan ini terbuka untuk mereka yang berumur 19 tahun sehingga 70 tahun (umur pada tarikh lahir akan datang).

6. Jumlah Perlindungan

Nilai minimum bagi perlindugan yang ditawarkan adalah RM 250,000 dan ke atas.

7. Sumbangan

Jumlah minimum sumbangan adalah RM 100. Nilai sumbangan ini adalah bergantung kepada pilihan anda bagi item 3, 4, 5 dan 6 diatas. Kadar sumbangan juga berbeza atas beberapa faktor. Sila ke laman faktor bayaran takaful bagi maklumat lanjut.

Pelbagai kelebihan, manfaat dan perlindungan yang ditawarkan pada PruBSN Warisan Plus. Ini membuatkan pelan ini adalah pelan hibah yang terbaik daripada PruBSN Takaful. Jadi sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pelan yang terbaik ini, hubungi saya. Saya akan bantu anda ‘wariskan’ sesuatu kepada insan yang anda sayangi.

Demam berulang bukan biasa, kemungkinan anak menghidap kanser

Jangkitan dan demam adalah perkara biasa dialami anak kecil, mungkin juga situasi itu sebahagian daripada amaran kanser yang perlu diawasi oleh ibu bapa sekiranya keadaan itu berpanjangan atau berulang, tidak sembuh melebihi tiga minggu.

Simptom lain perlu diperhatikan termasuk kemunculan bengkak atau ketulan luar biasa seperti pada tangan atau kaki yang tidak dipastikan puncanya, terutama jika saiz bengkak semakin membesar.

Leukemia akut adalah kanser paling kerap dihadapi kanak-kanak, membabitkan satu pertiga daripada jumlah kanser dalam kalangan golongan berkenaan.

Lazimnya demam dihidapi kanak-kanak datang dan pergi, sakit sendi atau kecenderungan pendarahan, lebam, berdarah hidung, gusi dan kelihatan pucat.

Ibu bapa mudah terlepas pandang penampilan pucat pada peringkat awal, hanya selepas orang luar atau saudara rapat melihat perubahan mereka.

Jalani ujian

Pakar Hemaotologi Pediatrik dan Onkologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Eni Juraida Abd Rahman, berkata kanser berbeza menunjukkan tanda berlainan dan berkemungkinan tidak begitu khusus.

Beliau berkata, jangkitan dan demam adalah perkara biasa bagi kanak-kanak tetapi apabila demam berpanjangan atau berulang, perhatian secara menyeluruh perlu diberikan.

Katanya, namun ada juga penyakit yang memiliki tanda sama tetapi bukan kanser.

“Secara amnya kanser pada kanak-kanak boleh membabitkan mana-mana organ seperti otak, hati dan buah pinggang,” katanya.

Dr Erni Juraida berkata, apabila kanak-kanak disyaki mempunyai kanser ibu bapa dinasihatkan menjalani ujian yang perlu seperti disarankan pakar untuk mengesahkan penyakit.

Katanya, sekiranya ujian positif ibu bapa perlu menerima kenyataan anak mereka menghidap kanser.

“Jika mereka tak dapat menerimanya rawatan sukar diteruskan termasuk jangkaan apa yang bakal berlaku ketika proses terapi, terutama kesan sampingan.

“Hasil rawatan bergantung jenis kanser dan tahap penyakit. Secara keseluruhan, kanser kanak-kanak berpotensi dirawat yang mana mungkin membabitkan pembedahan atau kemoterapi,” katanya.

Prosedur bedah, kemoterapi

Beliau berkata, kemungkinan rawatan yang diperlukan adalah gabungan prosedur pembedahan, kemoterapi dan radioterapi.

“Semua kaedah ini mempunyai kesan sampingan. Sebelum memulakan rawatan, ibu bapa diberi nasihat mengenai kesan sampingan ubat-ubatan pada anak. Sekiranya ada, sejauh mana tahap kesan berkenaan sepanjang tempoh rawatan.

“Tidak balas individu terhadap ubat sama mungkin berbeza walaupun kemoterapi lebih kepada rawatan tumor. Pastinya ada sedikit kesan pada tisu normal seperti jantung, paru-paru, buah pinggang. Sesetengah ubat mempunyai kesan terhadap otak dan sistem saraf,” katanya.

Katanya, terdapat beberapa ubat boleh menjejaskan kesuburan kanak-kanak lelaki. Keluarga akan dimaklumkan bahawa ini mungkin berlaku supaya mereka tidak terkejut pada kemudian hari.

Di Malaysia, bank sperma untuk kanak-kanak yang lebih tua tidak diamalkan tetapi di luar negara ini ditawarkan kepada pesakit.

Info

* Usia pediatrik:

– Antara 0 sehingga 18 tahun.

– Penjagaan pesakit kanser dalam kalangan kanak-kanak secara amnya adalah sehingga 12 tahun.

– Sesetengah pusat melanjutkan penjagaan kepada pesakit berumur sehingga 15 tahun.

* Diagnosis rawatan dan jenis kanser pediatrik:

– Di bawah skop pakar onkologi pediatrik.

*Risiko selepas rawatan:

– Berisiko berulang

– Rawatan lengkap dan bebas penyakit selama beberapa tahun, dianggap sembuh.

– Rawatan susulan sepanjang hayat:

* Awasi penyakit berulang (relaps)

– Kesan sampingan rawatan

– Risiko kemunculan malignan kedua.

*Statistik pulih:

– Leukemia limfoblastik akut (Eropah dan Amerika Syarikat)-kadar pulih sehingga 90 peratus.

– Tumor Wilm (tumor buah pinggang paling biasa pada kanak-kanak);

– Kanser tahap 1-kadar pulih 90 peratus.

– Kanser tahap 4-kadar pulih 60 sehingga 70 peratus.

Serangan Jantung Itu Datang Tiba-tiba Tanpa ‘HINT’, Bila Sesak Nafas Cepat Ke Klinik – Mingguan Wanita

Jangan ingat orang sihat, aktif lagi cergas itu tak boleh kena serangan jantung. Penyakit ini antara pembunuh senyap, jadi segeralah buat pemeriksaan menyeluruh, kalau anda ada tan-tandanya.

Wanita ini, Cik Puan Ammy antara ibu yang aktif, bersukan malah peniaga yang tak kenal erti diam. Bila mana dia tiba-tiba alami serangan jantung, panik seketika keluarganya.

Pengalaman cemas itu dicatatkan agar menjadi panduan buat pembaca Mingguan Wanita

Orang Sihat, Aktif Bersukan Boleh Kena Serangan Jantung?

Sebelum ni aku hairan dan tertanya-tanya bagaimana dan kenapa seorang yang sihat, bersukan dan aktif boleh kena serangan jantung atau heart attack tanpa ada tanda-tanda sebelum ianya menyerang sehingga membawa kepada kematian.

Tetapi selepas aku laluinya sendiri baru aku tahu ianya datang dengan secara tiba-tiba tanpa sebarang ‘hint’.

Ahad lepas, jam 5 petang, elok jer aku jalan-jalan dengan anak-anak dan suami tanpa ada rasa sakit. Galak jer shopping di kedai RM2.10 beli barang-barang plastik untuk sangkar kucing. Habis shopping segera balik rumah dan kemas dapur pula bersama anak-anak.

Tiba-tiba terasa sakit di bahagian belakang bahu (belikat) berdenyut-denyut. Aku minta tolong suami urutkan. Selesai urut aku masuk bilik untuk rehat.

Bila letak kepala di bantal tiba-tiba rasa sesak nafas dan sakit di bahagian dada kiri serta tegang di bahagian leher dan sekitar rahang.

Minta suami urut lagi.

Cuma Fikir Dah Nak Mati..

Nafas semakin pendek dan dada rasa seperti ditekan-tekan. Suami bawa pergi klinik swasta.

Setelah buat ECG, doktor meminta suami segera bawa aku ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut kerana simptom-simptom menunjukkan aku ada masalah jantung.

Masa dalam kereta, denyutan jantung aku amat laju seolah-olah ianya akan pecah. Hanya kalimah syahadah sahaja yang keluar daripada mulut aku tanpa henti.

AKU DAH NAK MATI…” Hanya itu saja yang aku fikir.

Entah apa yang berlaku, bila mana aku sedar, aku sudah berada di hospital. Dikelilingi oleh beberapa orang doktor.

Ada yang cucuk tangan pasangkan jarum branula, ada yang tekan-tekan dada aku, ada yang gosok-gosok belakang aku dan ianya berlaku dalam masa yang amat pantas.

Jelas dipendengaranku hanya kata-kata,

Puan…terus bernafas jangan tidur…”

Puan kami nak tolong puan…”

Puan tarik nafas dalam kiraan 10 kemudian lepas…” Dan pelbagai lagi.

Selepas beberapa jarum ubat dimasukkan. Nafasku yang kencang seolah-olah sedang berlari itu mula reda. Denyutan jantung semakin perlahan dan tenang.

Doktor kata aku hampir mendapat serangan jantung dan ‘lucky’ kerana segera dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan.

Setelah pelbagai ujian dibuat. Alhamdulillah, doktor sahkan aku sihat. Tiada tekanan darah tinggi, kolestrol terkawal dan gula dalam darah juga normal.

Ada Rahmat Di Sebalik Ujian Tuhan

Kenapa boleh dapat serangan jantung jika semuanya sihat?

Kuasa Allah SWT untuk menguji hambaNya. Tapi yang penting, aku tahu di sebalik ujian itu, ramai yang sayangkan aku.

Buat suami tercinta. Terima kasih kerana bersusah payah mendukung isterimu yang berat ni bawa masuk ke hospital tanpa mengharap bantuan kaki tangan hospital.

Terima kasih juga pada mak mertuaku, abang ipar, kakak ipar dan adik iparku sanggup datang jauh-jauh melawatku walaupun hari dah lewat malam.

Mak, ayah dan adik beradik di kampung yang tak putus berdoa untukku serta anak-anakku yang setia di sisi membantu aku uruskan rutin harian. Sayang kamu semua.

Buat kalian para pembaca, sihat tidak bermakna kita bebas daripada serangan jantung. Ianya datang secara tiba-tiba dan itulah yang paling bahaya.

Kata Doktor, Tekanan Perasaan Dan Emosi Juga Boleh Jadi Punca

Menurut doktor yang merawat aku, selain daripada penyakit darah tinggi atau kolestrol, keletihan yang keterlaluan, tekanan perasaan dan emosi juga boleh mengakibatkan serangan jantung secara tiba-tiba.

Jika ada simptom-simptom yang aku sebutkan di atas. Segeralah mendapatkan rawatan sebelum terlambat…

Mati itu pasti, tetapi selagi kita mampu berjuang untuk hidup, jangan cepat mengalah, teruskan berusaha untuk bernafas demi insan-insan yang masih memerlukan kita.

Sumber/Foto : Cik Puan Ammy

Nasib ibu muda, suami retak tempurung kepala

KOTA BHARU: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib ibu muda, Suhana Abdullah, 29, yang perlu menjaga tiga anak kecil dan suami yang sedang terlantar sakit.

Segala berubah dalam kehidupan Suhana, apabila suaminya, Mohd Zaid Mat Yusof, 33, retak tempurung kepala akibat ditimpa kemalangan di tempat kerja pada Ogos tahun lalu.

“Ketika kejadian, suami sedang memasang papan tanda kedai di Tumpat sebelum dia tiba-tiba tergelincir jatuh dan kepalanya terhentak di jentera trak angkat susun (forklift).

“Suami baru saja tiga bulan berjinak-jinak membuka perkhidmatan kimpalan dengan sepupu, niat dia nak tambah pendapatan keluarga tapi apakan daya ini pula yang terjadi,” katanya yang ketika ini menemani suami di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

Menurutnya, dia yang tidak bekerja terpaksa mengharapkan ihsan orang ramai bagi menampung keperluan harian suami seperti lampin pakai buang, kapas, tisu dan susu mencecah lebih RM300.

“Saya turut risau memikirkan nasib tiga anaknya, Muhammad Zarif Ikhwan, 4; Muhammad Zaim Irsyad, 3, dan Muhammad Zafran Aiman, tiga bulan.

“Buat masa ini, keluarga mentua dan ibu saya di Kampung Gong Manak, Pasir Puteh dan Kampung Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu bergilir-gilir tolong menjaga anak apabila saya perlu berulang-alik ke hospital,” katanya.

Bagi yang ingin membantu, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Suhana Abdullah di akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 03103-41-00002961-6

Insurans kesihatan satu keperluan, wajib dimiliki

Bukan mudah untuk memujuk seseorang membeli atau memiliki polisi insurans. Di sebelah lain, ada yang memiliki lebih dari 2 polisi untuk diri sendiri. Maka kita ada 2 ragam manusia yang kurang sedar kepentingan insurans dan peka terhadapnya, tidak kiranya insuran kesihatan, pendidikan, nyawa dan sebagainya.

Lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga penjagaan kesihatan, wajarlah kita mempertimbangkan untuk memiliki insurans.

Bukan itu sahaja, tahap kesihatan masyarakat Malaysia pun bukanlah pada tahap yang baik, maka dengan meningkatnya pelbagai penyakit, insurans khususnya insurans kesihatan menjadi satu keperluan.

Insurans kesihatan memberikan anda peluang dan sokongan kewangan yang amat diperlukan semasa kecemasan perubatan.

Insurans kesihatan adalah pembayaran perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh pihak yang diinsuranskan. Ia membayar perbelanjaan yang ditanggung daripada penyakit atau kecederaan, kepada pembekal penjagaan secara langsung.

Terdapat pelbagai jenis pelan insurans kesihatan, misalnya, insurans kesihatan individu, insurans kesihatan keluarga, insurans penyakit kritikal dan lain-lain.

Wajarlah menjadikan pembelian insurans kesihatan sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan.

Menurut seorang ejen insurans dari sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, Nanthini Nadeson, insurans kesihatan memberi sokongan kewangan yang sangat diperlukan semasa kecemasan perubatan apatah lagi, penjagaan perubatan swasta di negara kita dikategori mahal.

Jelasnya, ini di sebalik pelbagai inisiatif kerajaan dalam memperkasa skim kesihatan seperti kad insurans Peduli Sihat oleh kerajaan Selangor dan perbelanjaan modal ke arah penjagaan kesihatan memperbaiki keadaan semasa oleh kerajaan Persekutuan.

“Walaupun kerajaan mengusahakan pelbagai cara meningkatkan tahap kesihatan, kita juga bertanggungjawab terhadap diri dan keluarga kita.

“Oleh itu wajarlah memiliki insurans kesihatan untuk anda dan keluarga. Bagaimanapun, premium insurans kesihatan yang perlu dibayar untuk mendapatkan polisi insurans yang baik berbeza untuk setiap orang berdasarkan beberapa faktor yang berbeza,” kata Nanthini yang berkecimpung dalam bidang insurans sejak 6 tahun.

Di bawah adalah 5 sebab utama yang untuk mendapatkan insurans kesihatan:

1. Perubahan gaya hidup

Peralihan dalam gaya hidup manusia pada masa kini menjadikan mereka cenderung kepada pelbagai masalah kesihatan. Berulang-alik di atas jalan, jadual kerja yang sibuk, tabiat makan yang salah, kualiti makanan dan tahap pencemaran yang semakin meningkat meningkatkan risiko masalah kesihatan.
Sekiranya anda mahu mendapatkan rawatan segera di hospital awam, ingat, anda mungkin kena tunggu giliran anda ekoran kebanjiran orang ramai.

2. Peningkatan kos perubatan:

Kos perubatan meningkat secara mendadak dari hari ke hari sejak kebelakangan ini. Oleh itu, dalam situasi kecemasan, pengguna tiada pilihan lain tetapi menggunakan simpanan mereka. Ia pasti menjejaskan perancangan kewangan masa depan mereka. Banyak laporan yang menunjukkan rakyat kelas kedua dan ketiga bergantung kepada tabungan mereka sendiri untuk menangani kecemasan kesihatan.

3. Manfaat cukai pendapatan

Tahukah anda pembayaran yang dibuat ke atas premium insurans kesihatan juga layak untuk potongan cukai. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi keutamaan untuk menuntut pelepasan cukai sekiranya anda mempunyai perlindugan perubatan. Dalam borang pelepasan cukai individu, senarai ke 19 dan 21 adalah tuntutan yang boleh dilakukan dengan LHDN untuk pelepasan cukai dengan Takaful. Namun terdapat had untuknya iaitu RM 6,000 untuk insurans nyawa dan RM 3,000 untuk perubatan.

4. Liputan perbelanjaan hospitalisasi

Insurans kesihatan bukan sahaja meliputi kos perubatan malah kos perbelanjaan OPD (jabatan pesakit luar) dan ujian diagnostik. Maka ia menjadikan insurans kesihatan lebih penting kerana bukan sahaja meliputi kos kemasyarakatan tetapi juga perbelanjaan yang dilakukan terhadap ujian OPD dan diagnostik sebelum dan selepas tempoh masa yang ditetapkan seperti yang ditetapkan oleh polisi.

5. Faedah tambahan

Polisi menyeluruh tertentu juga menawarkan manfaat tambahan seperti ambulans, liputan pembedahan penjagaan harian, liputan pemeriksaan kesihatan dan perbelanjaan vaksinasi di bawah insurans kesihatan. Ada syarikat-syarikat insurans pada masa kini yang menawarkan insurans kesihatan untuk rawatan alternatif.

Usia tepat untuk beli insurans kesihatan

Ramai yang dalam dilema mengenai usia yang betul untuk membeli polisi insurans kesihatan. Ramai yang menunggu sehingga hari tua, baru hendak mencari insurans.

Namun, jika dasar insurans kesihatan dibeli pada usia muda, maka anda perlu membayar amaun yang kurang untuk polisi itu.

Premium meningkat seiring dengan tahap kesihatan seseorang. Premium untuk pelan kesihatan ditentukan oleh umur, sejarah perubatan, bandar kediaman dan lain-lain daripada yang diinsuranskan. Jadi, jika anda membeli pelan kesihatan lebih awal, ia akan membantu anda menjimatkan premium yang dibayar.

Apabila membeli insurans kesihatan, jangan ketinggalan untuk menyertakan insurans penyakit kritikal.

Ini kerana ia menawarkan pembayaran jumlah tetap selepas anda didiagnosis dengan penyakit kritikal yang dilindungi oleh polisi tersebut. Anda boleh memilih untuk membeli polisi penyakit kritikal sebagai insurans asing atau bersama-sama insurans kesihatan biasa.

Insurans penyakit kritikal bertindak sebagai tambahan yang sangat berharga kepada perlindungan kesihatan asas jika anda didiagnosis dengan penyakit serius.

1 2 3